09 January 2011

Perhubungan Yang Sihat

Okay maybe semua ni merepek dan tak relevan, tapi perasan tak untuk kebanyakan muda remaja baya kita nie (muda remaja ke aku?), masalah yang paling selalu kita dengar mesti ada kaitan dengan percintaan. cinta tak kesampaian, cinta yg kecundang, cinta terlarang dan macam2 lagi. aku bukan la kaunselor ke, psychologist ke, tapi kadang2 ada je kawan2 dtg berkongsi masalah cenggini dengan aku. nak bagi nasihat ni memang mudah, semua orang boleh buat. nak ikut nasihat sendiri tu yang ... hehehe :)

okay, 1st skali. ditujukan kepada kalian yang cinta bertepuk sebelah tangan. apa gunanya terus mendambakan orang tersebut? like, seriously. this is real life la. bukan drama hollywood atau bollywood ye. takyah la nak poyo "i'll wait for you forever la" apa laa.. grow up. jangan la noob sangat. ko igt ko tunggu die lama2 nanti satu hari die akan jatuh hati kat ko la sebab sudi tunggu die lama2 ye? itu fantasi semata2 ye. tapi tak salah pun berharap. kalau tak kisah membuang masa la :)

cari je la orang lain. bunga bukan sekuntum. ikan bukan sekor. lagi2, kalau orang yang ko nak tu dah berpunya. isk, tak perlu la nak terhegeh2 kat balak/awek orang lain. have some dignity. no matter how special that boy/girl is to you, if he/she belongs to someone else, let her go. anything less is just selfish. move on, find someone else. oh yeah, and dont stalk. stalking just makes you look desperate. and looking desperate is never cool.

next, bagi mereka yang tak punye pasangan tapi nak sangat sangat sangat sangat ade pasangan. ye la jeles kan tgk kawan sume dah punya teman yang istimewa. perjtama sekali, sukacita saya bertanya: kenapa nak sangat kapel? best ke kapel? haha. boleh menerima bila dah kapel nanti bergadoh? berperang? jeles? dikongkong? ramai ye teman2 yang pernah komplen, rindu zaman2 single. bukan sebab tak sayang pada pasangan, tp ketika single lagi senang nak buat apa2. takde sape marah, takde sape jeles. tapi andai nak jugak, apa salahnya. tapi PLEASE la jangan post kat fb mcm nie ," mencari awek/balak" atau "sape nak kapel dengan aku?" this is not only stupid, it's also sad. which makes it stupidly sad. nampak mcm desperate gile ke tahap yg pathetic la. keep that in mind ye kawan2 :)

ok moving on ke topik yang lebih popular. bagi mereka yang sudah punya pasangan, bagaimana nak kekalkan hubungan korang? selalu je sana sini atas bawah kapel clash kapel clash. tu belum masuk bab kawen lagi. sebab aku tak layak nak membicarakan soal kawen lagi. yg tu boleh la rujuk ke dr fadilah kamsah atau fadilah kamtumi. kapel yang dah bersama bertahun2 lamanya pon tak mustahil akan berpisah. selalunya, orang clash disebabkan satu atau lebih dari sebab2 berikut:

1. Bosan
2. kewujudan orang ke-3
3. Perangai pasangan itu sendiri
4. ___________ (isi sendiri)

Dah berpisah, kita selaku orang Melayu Islam sering berkata, "dah takde jodoh nak wat cmne?" Benar, kalau takde jodoh, kapel sampai seratus tahun pon takkan ke mana. hanya sekadar menjadi kenangan kita di hari tua kelak. Tapi takkan kita nak berlepas tangan dan berserah pada jodoh je? Berbuat sedemikian boleh diumpamakan dengan tinggal kete dengan enjin hidup n pintu tak kunci pastu berserah je harap takde orang curik kete tu. dok kat ddunia zaman skang ni, konfem la kete tu kena curik. so berbalik pada persoalan asal, cmne nak jaga hubungan kita nie?

to answer that question , we must first answer another question. how do we keep that spark in our relationship alive and burning? camne nak kekalkan keharmonian dan keseronokan perhubungan itu? jawapannya? mana aku taw! I, myself have only been in two relationships. I do sincerely hope that the second shall be the last.

justeru itu (apa?) kite mulakan dengan basic dulu. apa bnda pling basic pada hubungan yang sihat? harta benda? rupa yang menarik? susuk tubuh yang menggoda? minyak pengasih? NO! the answer is HONESTY and TRUST. kejujuran dan kepercayaan. lepas tu keluhuran perlembagaan. tak ini tipu je. kalau takde kejujuran n rasa percaya, camne nak ada perasaan cinta n kasih?

KEPERCAYAAN tu binatang apa? apa plak ngarot pasal KEJUJURAN ni? kenapa kedua2 ini perlu? kejujuran itu mengikut definisi aku sendiri, adalah sesuatu yang sangat simple. DONT LIE. usah sembunyikan perkara yang boleh menimbulkan perasaan syak dan wasangka. kenapa kena jujur? kantoi la segala aktiviti jahat aku. sebab utama kita kena jujur adalah umtuk mendapatkan kepercayaan. lagipun bila kite berdusta, nak elak dari kantoi terpaksa menambah lagi kedustaan di atas dusta yang asal. kalau dah menipu bnyk sangat, terperangkap dalam jaring penipuan kang. dah la dapat dosa, bila kantoi kena marah lagi dengan pasangan. suka saya ingatkan di sini bahawa kemarahan itu mudah melunturkan perasaan cinta dan sayang dan senang memupuk perasaaan benci dan menyampah.

mengapa pula perlu kepercayaan? secara ringkas, tanpa kepercayaan, minda kita mudah memikirkan yang bukan2 dan karut-marut tentang pasangan kita apabila mereka tidak berada di depan mata. sebagai contoh, Balak kita tengah elok2 lepak kat mamak bersama teman2 lelakinya, kita kt umah plak dok fikir die lepak dengan perempuan lain. Tak ke kita marah and jeles tak tentu pasal. keadaan seperti ini bukan saja buat teman kita tension, malah kita juga akan sentiasa berada dalam keadaan semak otak dan susah hati. tapi jangan pula percaya secara mambabi buta. kalau baru kenal, usah la percaya sangat. kang kena jual tiba2 salahkan aku plak. lagi satu, kalau dah asyik kena tipu je n nyata sang teman tak layak dipercayai maka usahlah mempercayai die lagi :)

ok cukup2 la pasal trus n honesty. moving on to other components of a healthy relationship. In no particular order, space (ruang), patience (kesabaran), consideration (bertimbang rasa) and maturity (kematangan)

Space. bukan outer space. bukan juga myspace, tetapi ruang. berilah sedikit ruang kepada pasangan kita. takkan lah 24 jam sehari, 7 hari seminggu nak kena berkepit/ber-sms/bergayut? hormatilah pasangan kita sebagai individu yang juga punya kemahuan untuk melakukan sesuatu secara individu. bukan secara berkepit. takkanlah die reply msg lambat sebab tengah berbual dengan kawan2 kita nak marah? takkan die tak angkat call sebab tgah berak kita nak berang? just because he/she is your life doesn't mean he/she doesn't have a life. i suggest you go get a life too. kang tak beri ruang pasangan akan mudah berasa rimas dan menyampah :)

Patience. kesabaran. Sabar itu perisai orang beriman. sabar itu memang dituntut dalam agama Islam. dalam perhubungan ni sabar itu penting dalam aspek mengawal emosi. kawal emosi supaya jangan asyik nak meletop je. bagi yang panas baran asyik nak mngamuk je. bagi yang cengeng asyik nak merengek je. n bagi yang tak berfikiran jauh, asyik nak mintak clash je. kalau dah clash btol kang baru taw menyesal. kalau rasa marah/ sedih, sabar. amik nafas banyak2. jangan lupe lepas plak. pastu fikir balik, patut kite kite marah? besar sangatkah kesilapan yg dilakukan? kalau jawapannya tidak, slow talk je la. kalau ya, meletop la ikut kesukaan hati anda. kena darah tinggi aku tak jamin. :)

Consideration. bertimbang rasa. bertimbang erasa sesama sendiri. selalunya yang kurang bertimbang rasa adalah sang arjuna. sang puteri nak keluar dengan kawan2 ditegah dan dilarang sama sekali. takut ada jantan lain. nak bekerja pun tak boleh, risaukan keselamatan la kononnya. Bila sang puteri plak melarang sang arjuna dari buat apa2, macam2 hujah dikemukakan. "Aku lelaki takpe keluar, takde sape nak rogol" takpun ,"Aku nak lepak dengan kawan2 pun ko tak kasi. kawan je pon" mana aci macam tu brader. kalau anda boleh buat, kenapa tidak pasangan anda? relationship ni kan give and take. pernahkah kalian terfikir ketika kalian berseronok bersama kawan2, pasanngan anda sedang berduka di rumah kerana dilanda kebosanan akibat tak dibenarkan keluar?

Akhir sekali, kematangan. Grow up with your relationships. aku taw, kematangan itu bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. namun, kematangan yang maksudkan di sini bukanlah merujuk kepada kematangan yang datang dengan usia. tetapi kematangan yang datang dari pengalaman anda sepanjang anda bersama Si Dia yang teristimewa. Belajarlah dari kesilapan yang lalu. Fahami keperluan dan kemahuan pasangan anda. Takkan kapel bertahun lamanya tapi masih tak faham pasangan lagi? tak nak belajar langsung ke?sebagai contoh, kalau pasangan kite suke lepak, takyah la marah2 kalau die lepak dengan kawan2. asal jangan lebih2 dahla. lepak sampai kol 6-7 pagi aku pun marah,. kikiki :) sekali lagi diulang, kematangan yang dimaksudkan di sini tak berkaitan lgsung dengan umur. Mem kecik aku pun baru je nak masuk 18, tapi dalam hubungan kami beliau cukup matang. sentiasda memberi ruang (untuk main dota), memahami dan menghormati hubungan persahabatan aku dengan kawan2 termasuk dari kaum wanita. membuatkan hati bertambah sayang.

Bergaduh. Bertekak. Bertengkar. Satndard la sume tu. asam garam penambah perisa bsak kata orang tua. Kapel tanpa masalah umpama nasi putih tanpa lauk. Hambar Bosan.Tapi gaduh jangan la sampai naik kaki tangan ye abg2. Amat dayus lelaki yang memukul wanita itu. Tak malu ke? kalau laki pukul pmpuan laki malu, kalau pmpuan pkul laki pon laki malu. Oh, di mana keadilan? -_-
Setakat jeles sikit2 tu perkara biasa la malah, amat perlu perasaan jeles tu. jeles itu kan tanda sayang. "a love fed by jealousy is a love that dies hard" tapi nak jeles pon jangan la lebih2. cemburu buta itu sangat la tak patut. jangan pakai serang je! Girlfriend berkawan dengan lelaki di kelas? Gadis cantik add boyfriend di FB? Tak perlu jeles kot. Perkara biasa tu. habis takkan kite lebih rela pasangan kite itu menjadi anti-social? tak boleh berkawan langsung dengan orang berlainan jantina? orang ingat gay/les plak kang.

Kita perlu ingat bahawa di sekeliling pasangan kita wujudnya keluarganya, kawan2nya dan kita, selaku pasangannya dan ia mempunyai tanggungjawab terhadap mereka semua. siapalah kita ini untuk menyuruh mereka membelakangkan kawan2, apatah lagi keluarga? Asalkan masing2 tahu menjaga batas persahabatan sepatutnya tidak muncuk masalah. Jeles gak? sila rujuk pakar kerana mungkin anda mengahdapi sakit di mana2 bahagian jiwa :)

Sepanjang kita memiliki cinta pasangan kita, jagalah ia dan sentiasa berusaha menyemarakkan perasaan itu agar ia ceria dan tidak hambar. Cinta yang dijaga rapi sepanjang hayat itulah cinta yang agung. Apa, ingat Puteri Gunung Ledang dengan Sultan Melaka je kisah cinta agung? Setiap dari kita mempunyai kisah cinta agung yang tersendiri, yang diolah dan dilakonkan oleh diri kita sendiri.

Akhir sekali, suka aku ingatkan bahawa semua di atas adalah pandangan peribadi. Mahukan yang tepat boleh la jumpa yang pakar. kalau tak menjadi ke, apa2 tak kena ke, klash gak ke, aku takkan bertanggungjawab. hihihi. ini adalah DISCLAIMER! Insyaallah, kalau ade jodoh dan dengan sedikit usaha, dapatlah anda dan pasangan bersama sehingga ke jinjang pelamin. sekian.


note: setengah perkataan 'cinta' di dalam nota di atas mungkin lebih sesuai digantikan dengan 'sayang' atau 'suka'

2 comments: