Bersahabat ni mudah dan ringkas je, bukan seperti algebra yang pernah buat kita gabra pada suatu ketika dulu. contohnya [a = x²+ 2y +c]. apa bendaaaaa la equation ni merepek -__-
nak berkawan takde pun semua ni. Dan disebabkan tu jugak la bersahabat tu jadi rumit dan memeningkan. rujuk balik equation di atas kalau kite tukar skit jadi [c = -x² - 2y + a].
so dalam algebra asalkan kita ikut equation dan peraturan² yang sedia ada, sure jumpa penyelesaian dia. kalau dengan kawan² mana ade equation. mana ade peraturan.
[ali + abu = kawan baik]
pastu
[ali + abu + rosli = ali +abu + rosli @ ali +rosli - abu @ ali - rosli + abu]
see? the possibilities are endless.
Bersahabat juga tak menurut hukum fizik. contohnya, kaca kalau jatuh atas batu pecah. kalau jatuh atas tilam tak pecah. persahabat pula, tak penting dia jatuh atas apa. Sebab mengapa ia jatuh menentukan samada ia pecah atau tidak.
Kadangkala dilepaskan pun tak jatuh, tapi terapung. Misteri. Ajaib. Musykil. -__-
anyways, yg aku nak cerita kat sini semuanya adalah adat berkawan. bukan peraturan yang perlu diikuti pun. General Rules je bak kata omputih.
First sekali, berkawan ini adalah two-way relationship. takkan sehala plak, ko kawan ngan orang tu tapi orang tu tak kenal pun kau. wujud ke camtu? -__-
kat FB sahaja wujud kot. "ko friend ngan ________ (awek hot) ni ke?" "dah lama dah aku 'friend' ngan dia" padahal bertegur pun tak pernah, entah² minah tu tak tahu pun kewujudan beliau. selalunya kes gadis² 'hot' la, sume orang add dia approve semata² nak tambahkan bilangan 'friends' lantas meletakkan perkataan 'FULL' di belakang nama profile FB dia.
motif berbuat sedemikian? entah. suruh akhbar Metro rungkaikan. Metro kan suka cerita pelik² cenggini.
sekadar contoh |
anyways, moving on. kalau dah namanya two-way relationship mesti la kena ada giv n take. kalau dah sorang je kerja nak 'give'kerja kau nak 'take' je, tu dah bukan kawan namanya, tu namanya BAPAK kau.
give n take ni termasuk la duit, makanan, rokok, dan pape lagi la yang korang ada. eh, kecuali diri. jangan la bagi diri sendiri kat kawan² plak. dah paranormal dah tu -_-
seterusnya, tiada paksaan dalam berkawan. more like, there shouldn't be. sesetengah orang ni dia ada tendency untuk 'paksa' kawan² menurut kehendak dia. bukan paksa siap ugut dengan pistol ke penumbuk ke apa. tu dah psycho sangat dah tu.
kawan² kita semua ada senjata. senjata khas yang memang terbaik. iaitu merajuk. tacing. emo.
"jom pergi terengganu naik motor. aku ngidam sata ."
"taknak la, aku kena jaga mak aku demam"
"blah la ko, camnie la member (merajuk)"
atau
"ko baru dapat gaji kan? jom belanja aku karaoke kat pavillion"
"aku nak kena bayar sewa rumah, duit motor, ptptpn, bg mak aku, loan bank dan macam² lagi la"
"dapat gaji bukan nak blenja membe! (emo)"
ni sekadar contoh sahaja. bukan semua orang macam ni. tapi wujud. dan ramai. andai kata kawan kau tak nak, maksudnya dia taknak la. enggan. dont' want. refuse. amendeeee la nak dipaksa, dia tu kawan kau, bukan anak kau. amendeeeeee la nak ditacing. lagi² yang jantan, dah mengalahkan perempuan la. personally, kalau ada orang tacing dengan aku lebih dari 10 saat, aku tak layan. awek aku tacing pun aku tak pujuk inikan pula ekau yang tak membawa sebarang erti pun dalam kehidupan seharian aku. keh keh keh.
Contoh Tapir merajuk. |
contoh ayat, "ye la dah ada membe baru, mana ingat kat kitorang" takpun "dah ade awek lupa member". dan banyak lagi la. just becuase dia selalu lepak dengan kita tak bermaksud dia WAJIB lepak ngan kita setiap kali. kalau dia ada kawan lain, biar la dia lepak dengan kawan lain. tu bererti kawan dia yang lain lagi best dari kita. so cermin² la diri skit. maybe kawan lain tu ada kerete, kita setakat naik motor kapchai je. dah miskin tu diam je la :) kalau kawan keluar dengan gf, lagi la kita tak patot nak marah. ingat SENANG ke nak balance GF dengan kawan²? jadi perdana menteri lagi senang oi.
Senang lagi jadi mamat ni |
okay, next. bila berkawan, kita tak patut ada rasa tinggi diri. rasa diri lagi bagus dari kengkawan. maybe kita ada kereta kawan kita takde. maybe kita kaya kawan biasa je. or maybe jugak kita belajar tinggi², kawan sampai SPM je. tak bererti kawan tu tak guna. tak bererti kawan tu bodoh. so kalau kawan nasihat, apa salahnya dengar? kawan tu manusia juga, punya akal dan fikiran. dia juga nampak apa yang elok dan apa yang tidak. usahlah ego dan merasa diri sendiri je yg benar. kalau kita terbuat salah dengan kawan, apa salahnya mintak maaf? jangan la tak minta maaf tiba2 nak kawan balik macam biasa. semua orang ada hati dan perasaan. kalau kawan terima anda kembali pun, luka di hati tetap wujud. jangan sampai luka lama berdarah kembali nanti. keh keh keh tajuk lagu cintan la plak.
Yes you! |
next ni maybe isolated case. tak semua la merasa agaknya. ni khusus bagi yang jejanz eh, jantan. lelaki ni ramai yang gemar dengan persatuan² yang pada terasnya di tubuhkan untuk memperjuangkan Islam dan Melayu. ada segelintir daripada mereka ni dah masuk, kawan yang lama dtinggalkan. ye la, tak rock la lepak dengan kawan² yang 'kosong'. amendeeeee la korang nie. harimau berjalan mana keluar kuku, mana tunjuk taring. taknak lepak dengan kawan lama tak kisahla, ni kalau muncul sekali sekala tiba² dari elok² aku-kau jadi lu-gua. apa sial lu lu gua gua ni? apa kau rasa kau gengster guna luluguagua? ko ingat orang selesa ke dengan lagak gengster-budak-baru-naik kau? ko ingat orang bangga la ada membe otai? meluat lagi ada la. apa kau tak tau tu orang cina je yang guna? sedar la sikit diri kau tu MELAYU. malu la sial aku ngan orang macam ni, sibuk nak tiru kaum lain sebab rasa diri besar. pastu kau ada hati nak kata ko perjuangkan orang Melayu. pastu, kena bahan skit, gaduh skit, mula la. nak kutip la, pecah muke la, bakar rumah la, panggil kaum la. apa kau rasa kau dah besar sangat? rasa dah dewasa? abang² pun tak menggelabah kau plak lebih² tunjuk taiko. sedar la skit, benda kecik gaduh ngan kawan pun nak nyusahkan orang lain. lagi² kalau pasal pompuan, adik-beradik ko gelakkan ko je la. bukan bini lagi pun. pffft.
tak kena mengena tapi macam cool :) |
'ngaku cepat! abang main dota kan tadi? 'manade, abg baru balik surau ni!' |
I feel you bro |
dan disebabkan kita ni orang Melayu la orang² yang myusahkan seperti di atas ni wujud dan gembira. sebab budaya kita yang sopan santun dan ramah tamah (sangat) kita pun biar je mereka, pendam je dalam hati. walahal kita patut sound je bangang² seperti mereka ni. kecik² tanak mampos, besar² nyusahkan orang. kita ni orang Melayu baik sangat, selalu je berkata 'takpe la, member²'. biarlah diri mudarat, asalkan member bahagia ye tak?
cukup la setakat ni aku merepek pasal isu ni. makin panjang makin marah pulak rasanya :)
sekian.
*semua gamba dicuri dari Google Images.
0 comments:
Post a Comment