31 January 2009

di sebalik tabir

10 December 2008

Manhattan, NY



Hey hey, im back for another session of babbling about all that is right and wrong in this world. Haha! anyways, the topic for today is taken from the old saying ‘don’t judge a book my its cover’. But that saying is pretty much 
ketinggalan don’t you think? So ill give it a modern twist-don’t judge a book by its myspace. Lol. Means pretty much the same thing. Bodo jek aku. Maaf sume. 



Okay berbalik pada topik, aku perlu la citerkan background story untuk napa aku terfikir kan topik ni. Al-maklum sekalian rakan2 aku yg pada waktu dahulu aku ni memamg seorang yang malas on9. tapi sejak2 terperap kat dalam umah kat us ni aku pn terpaksa la rajin on9. alternatif aku selain on9 adalah

a) makan

b) mandi

c) kire bulu kaki

d)borak dengan doorman aku



andai aku selalu a)makan, blik mlaysia nnt aku da gemok. Takut plak kalau kawan2 x knal aku lagi. Bukan aku ada sebarang prejudis terhadap orang gemok (ayat lawyer), tapi kalau bleh aku lagi prefer jadi kurus ala2 pokok kelapa. Hehe! 

andai aku selalu b) mandi, blik mlaysia nanti aku da PUTIH!. Haha, aku taw kalian mesti tertanya2 ‘kenapa putih? Gile ke hape nate nie’. Ye la, fyi kat cni mandi dok air panas je. dah kata musim sejuk, kalau aku mandi air sjuk lagi memang arwah la aku jwabnya. Air panas plak bukan calang2 panas. Bak kata org, kalau aku mandi smbil pegang maggi cup tu, bleh kembang gak la maggi tu [disclaimer: wa x penah mandi smbil pegang megi. Ini sekadar analogi] kalau aku da putih nanti, susah plak. Tak faizal tahir la kulit putih2 nie. Haha, lagipun aku lagi perfer berkulit gelap la. Bru la anak jati melaka berdarah hang tuah. (entah2 hang tuah pun kulit cerah. Haha) 

andai aku selalu c) kira bulu kaki……..alahai, nak kena cite gak ke? Korg sume da besar kan? Kan? 

andai aku selalu d) borak sama itu dorrman, nanti orang2 di sekeliling akan salah anggap plak. Kata pun amerika kan di mana perkahwinan sama jantina itu satu yg normal. Kalau slalu sgt borak2 ngn dorrman, mula la timbul gosip yg aku ni gay kang (walaupun tidak dinafikan die mamang hensem). Jgn la camtu dohh, walaupun muka ku jambu(?) tapi daku xkan sekali mendekati bidang profesional itu. Kadang2 masuk lif ngn orang len, tgk die dok jaaaaauh je. kalau bleh da melekat kt dinding tu. Lif tu da la kecik. Haih, nak je aku ckp, “I’m not gay damnit!” 



setelah penerangan yang begitu lanjut, rasanya kalian pun da fhm kenapa on9 adalah alternatif yang terbaik untukku. (tercipta untukku? Aku ingin kau selaluu~) 

berbalik pada topik, dah slalu on9 nie ramai la plak makhluk2 ajaib yang meng-add (maaf andai terdapat 
makhluk2 ganjil yg sedang membaca =p). prinsip asalku, kalau x knal reject aja. Tapi lama2 bosan plak so akhirnya, wtf? Approve je la, cari mmbe baru utk dilayan sementara di sini. 



bila bersembang bersama teman2 myspoace baru ni la aku dapati bnyk pendapat tentang diri aku yg honestly, 
pelik-pelik aje. For example, berikut adalah salah satu ayat yang diambil dari inbox aku dari seorg yang baru diapprove. 

“….u mix melayu cina ek? u look kinda chinese skit….

APA!? Aku? Chinese? Wakakakaka~! Ok la, aku x bpe pasti, tp belah mak aku pny nenek mmg de cina2 skit kot. Tp wtf? Aku tiap2 ari tgk cermin xpenah plak aku nmpk rupe org dari beijing syial. Hahaha! Jgn la cmnie, siot ja. Bsides, cina? Brrrr…maaf daku sangat racist.



Next case, di friendster pula. Rasenya yang meluahkan ayat nie budak kecik. Bpe ntah umo die. Ayat bliau berbunyi begini, “wow, awak macam artis!” 

Siot jek, ayat yang begitu manis menimbulkan dua perasaan dlm diriku pada waktu yang sama yakni: bangga serta marah. Ye la, sape x bangga org kata kte cam artis kan. Hee~! Pada masa yang sama, marah la beb. 
budak ni nak menipu pon rilek2 la. Lebih2 plak Haha! artis? Aku? Oh tidaak, tidak ku sekali pun terlintas di otak sape2 pun yg pernah melihat ku bahawa daku seekor artis. Jauh sekali. Kalau aku rupa artis, xde la aku sibuk2 nak belajar undang2 skg nie. 



Kes seterusnya ya, agak baru baru nie. Diambil dari comments daku di myspace: 
“nak pnggil awk iz ke? Manjanya. Mesti dak manja ni kan?” 

Dan sekali lagi aku tertanya2, what the eff? Iz tu nama si manja kah? Hah!? Kat msia ni je dah bersepah2 org nama iz, x kire satu dunia lagi. Kalau iz tu nama yg nelambangkan kemanjaan, mesti ade brand lampin kt mana2 nama IZ. cuba bygkan, Pampers, Mamy Poko, Huggies dan Iz:lampin berkualiti utk si manja tersayang. Wakaka! Jgn la dohh, melabelkan daku sebaris dgn lampin tersebut. X pon, nama2 kucing pilihan-si tompok, si comel, si putih, si manja n IZ? tidaaaaak~! Aku enggan menerima imej tersebut (disclaimer:aku sgt suke kucing dan si ciko gmok kt umah tu antara hidupan yg paling aku rindu ble di us) 

X abes lagi ye, pastu minah tersebut meneruskan dgn berkata, “tgk gamba awak pon sume manja” WHAAAT~!? Dsebabkan kemusykilan yg amat, aku pn tgk la pic aku sume blik. X mengerti btol aku bahagian mana yg manja. Mungkin sebab sume gmba aku tersenyum maka aku dianggap manja? Kalau camtu aku rasa, PAK LAH dgn ANUAR IBRAHIM pon manja! Tgk gmba diorg sume diorg tgh snyum! (paklah ade pic tga tido, but nvm) 



Seterusnya, ade juga minah bernama miena (no pun intended). Miena berkata rupaku bagaikan udara yang membantu…eh? Asl lagu faizal lak nie? Bbalik pada topik, miena kata muka aku cam izwan pilus? Hahaha~! Maaf miena, tpi tnggapan kamu teramat salah (walaupon aku xtaw spe izwan pilus tu tp aku ske lagu die). Sekali Imbas je rupe aku cemtuh. Aku tiadalah rupa pnyanyi dan tidaklah mempunyai suara pnyanyi (suara x sedap!) walaupun I enjoy singing (tht much im sure) 



Ok ok, ada bnyk lagi kisah2 ajaib seperti yg disebut sebenanya tapi sebut yg ku igt je da la kan :) so skang aku nak bagi die pnt spoiler pula. Apa kah agaknya pendapat mereka yang pernah melihat daku, sekali imbas sekalipun. Haaaaa..ade gak yg lucu. Alright, kisah pertama. Masa aku n akak aku beratur kt immigration US, kat blakang ktorg ade makcik dua org. aku igt kan org mana, sbb dua2 dok speaking omputeh. Pastu paspot aku terjatuh plak. Kt paspot aku tertulis terang2 PASPOT DIPLOMATIK. Seraya bertanya lah makcik dua org tu kepada daku dan akak ku, “orang malaysia ke?”
Laaa, reti berbahsa rupenyer, ingatkan sebangsa ngn barack obama. Akak aku pn jawab, “haah, dtg visit mak pak kat cni”

“ooohh, x sure u org apa tadi. Sbab you (refer kpd akak aku) rupe cam chinese tadi. tapi ni ur brother ke? (refer kat aku)” 

“yup” 

“ooohh, ur brother ni rupe orang 
thailand ek?” 

“haah, rupa thai ur brother nie” makcik kedua pula bersuara. 

Aku senyum aja la dga. Haha, fine! Kakak ku rupa chinese, aku rupa thai plak! Cit! nasib wa salu lepak kdai awe/thai, so aku xde la diskriminasi sgt ngn org thai. Haha! 



Kesah seterusnya, masa mula masuk uitm. Xde geng lagi time nie sbab skil sosial ku sgt hampeh. Then satu hari aku bwk la gtar dtg kolej. Ade mat nie sorg bernama mell (skang member baik aku) dtg lepak ngn aku. Mell ni sorg mamat yg hnya minat men lagu metal aje. Jiwang2 die x layan. So time tu die tny la aku, aku men lagu apa salu. Seraya aku menjawab. Lagu ni n lagu ni n lagu ni (sume lagu jiwang), pastu mell cam tkejut dan berkata, “ alamak bro, muka brutal! Asl men lagu jiwang je sume” 

Okaaaaay, muka aku brutal? Ye ke? Siot, aku byg muke brutal ade parut ke kt mana2. sideburn pjg ke. Aku yang (pd waktu itu) xde misai n jnggut pun dicop brutal? Please la. Haha! tp aku akui, dilabel brutal ok skit dari dilabel MANJA! Brutal manly la skit. Hoho =D



Ok ok kisah seterusnya, ni kisah baru lagi nie fresh dalam igatan ku. Masa tu aku kt warisan wanita terahkir jiwa raga ku eh, maaf. Tga dga lagu warisan wanita terakhir nie =) ok time baru nie pada ketika aku sedang bermain ski bersama keluarga aku. Sdang aku seronok bermain, dtg sorg sorg mamat yang jaga tempat ski tu membawa seorg kanak2 kecil yang comel. Pastu die kata kat budak tu, “okay, go to daddy!” sambil merujuk kepada aku

aku pnuh blur. Aku usha budak tu. Budak tu usha aku blik. Dlm otak aku da berpusing da. Ble masa aku ade anak? Aku kena pnyakit ilang igtan ke? Apa yg terjadi ni? Mungkinkah aku da berkahwin ngn si gadis idaman aku n dpt anak yg comel nie? Ble dah waras skit, aku ckp la kt mamat tu, “errr, I’m not his daddy.” 

“really? They (sape ntah) said the guy in the green jacket” 

“I’m pretty sure I don’t have a kid yet. In fact, I don’t even have a wife. Maybe it’s tht guy down there (menunjuk mamat len)” 

“ooh I’m terribly sorry,”bliau bergerak membawa budak kecil yg terkebil2 itu, “u have a good day sir” 

“u too man” jawab ku

Woaaaah, akak aku da gelak2 dah. Persoalan di sini, adakah rupa ku sebegitu tua/matang sampai kan mat saleh ni igt aku da jadi seorg bapa? Dasat wehh. Tidakkah jambu muka ku ini? Walhal aku baru je cukur misai n janggut pas ade org kata ianya pelik dan aneh. Masih lagi berupa spt seorg yg sudah beristeri dan beranak. So adakh aku ptut berasa bangga atau sebalik nya? Huwaaaa~ taw la aku da tua dohh, xyah la menganjing aku camni siot btol. Tp mungkin jga, mamat tu igt aku daddy pada budak tuh sebab, kecomelan kami hampir setanding (mungkin juga aku lebih comel dari itu budak) wakakaka =D ini namanye bajet comel. Hee~!




Tapi aku memang tak menafikan aku ade rupe sorg nie. Aku rupa sebijik cam PAPA aku. Haha~! papa aku comel cam aku kot. Eh, aku comel cam papa aku? Apa? Ntah. Tapi xkesah la, beribu org da ckp aku rupe cm die. Sebab memang pon, krenye rupe aku sama la ngn nenek aku. Haih, btol la anak jati melaka nie. =p nnt aku pn keje sama ngn bapa aku, keje bjalan je. walaupun aku x suke bjalan, tapi asal bini n anak2 aku dapat tgk cmne rupa dunia luar aku da bsyukur. Jangan biarkan minda mereka diracuni mentaliti org malaysia. 



Ok, moral..asyik moral je bosan la. Pengajaran yang dapat kite perolehi dari sesi merepek aku kali ni adalah. Jangan menilai rupa dan keperibadian seseorang melalui gmbar2 nya di myspace. (Melalui nama pon xbleh! Iz buka nama yg manja okay!) sebab naturally, orang msti la ltk pic yg terpaling kacak/cantik kan. Xkan na ltak gmba yg xcun/encem plak. Aku pun ltak gmba yg bes2 je. haha~! cikgu bm aku masa aku form2 dlu ckp, “kalau nk plih laki hensem, tgk rupe die mase die baru bgn tido, kalau mcm izhar xpe bgn2 tido dah kacak” (sebenanya bliau perli aku dan beberapa org lagi yg slalu tido dlm kelas. Rupa aku bru bgn tido mmg bleh dibawa berbincang lagi, tapi kalau rupa aku SEDANG tidur jgn harap la nak tgk di myspace biarpun aku dibayar rm10. haha =D



So, andai korg nie suke kt mamat/minah kat mespes ni (sape2 la, xkesah), ayat la bliau. Tp sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya la. Kalau x kekal la online relationship semata2. kalau aku, aku lagi prefer org yg aku comfortable dengan. Kalau ko bleh wat aku gelak, wat aku happy, wat aku tsenyum sorg2, menggile dgn aku, kmungkinan besar ko bleh jadi bini aku (girls only yek, sory pada guys yg da berharapan tinggi) taw kah korg betapa susah nak mampos nk jumpa org yg menepati ciri2 tersebut! hisy~! asal aku senang dgn sumone, kalau muke die cam gorgon pun aku x kesah. Okay…ayat tu nmpak sgt hipokrit. Kalau muke cam gorgon mesti la aku takut serta mimpi ngeri kan. Menipu je keje aku nie =DD 

Tp faham sendiri la mksudnya, x semestinya rupe kena cam sharifah amani utk aku minat. (tapi kalau rupa cam sharifah amani la bonus. Yahooo~!) tapi senang cerita nya, orang yang baik akan dapat org yang baik gak. Krenya, aku x layak la dpt org yg baik. Haih. Sengaal~!



Alright! Itu je utk masa nie sbab tulang blakang aku da sakit dok atas katil menaip dgn laptop nie. Adoi, btol la aku da tua nie. Sok update kot. Tgk la peratus kerajinan aku.



Cheers~! Peace and out! 



-izhar-
(ble aku nak blik kl nie..haih) 



disclaimer: bahawasa sesungguhnya, mungkin telah berlaku sedikit penipuan dalam usaha merangupkan kisah2 di atas. Harap maaf dan saya amat menghargai sekiranya tiada pihak bertindak menyaman saya. Juga perlu diingatkan, tiada langsung maksud tersurat, tersirat mahupun sebarang isi tersembunyi di dalam bebelan saya ini. Harap maklum.

0 comments: