31 January 2009

Sempurna

perhatian sume, sume ini adalah ciptaan hasil imaginasi aku yang melampau semata2. xde kena mengena dgn yg hidup atau mati. direka atas permintaan seseorang yg istimewa =DD
maaf la jika terlampau cincai and teramat mengarut. enjoy~!



sempurna



"Haha, bongok je kau nie!" kata Nora, "Kenapa plak kalau ko dapat kapel ndgn die aku plak yg kena blanja ko Mcd?"
Itu Nora, membe baik aku. Bukan, die lebih dari sekadar member naik aku, die la orang yang aku akan tanya kalau aku de soalan yang berkaitan ngn pompuan. Die la tempat aku mngadu. Kalau tny kat mmbe aku yg len kang, abes la aku kena bahan. Jadi Mat Bunga la, Jiwang karat la, casanova la, dan macam2 lagi nama yg plik ganji serta ajaib diorang bleh bagi kat aku. Tu aku malas nak cite lebih2 sama diorang.
Dengan nora ni aku selesa je. kalau aku mintak nasihat die bagi je, takde pon nak kutuk2. sempoi ar die nie. Aku suke. Aku ngn die tngah bincang pasal ade sorg minah yang aku da ter-minat. Minah yang kujumpa kat myspace.
"Alaaa, kalau ko blanje, baru la aku de motivasi skit nak berusaha. Haha!"
"Motivasi pale otak ko! Ko ske die kan? Motivasi la tu gile!"
Ait, aku plak yang kena mrah? Bengong tul la minah nie. Kan aku da kata die sempoi. Haha. tapi satu benda aku lupa nak cakap, nora ni aku x penah jumpa pon in real life. Aku kenal die kat myspace gak. Dalam 5-6 bulan la gak aku knal die. Pelik dan ganjil kan kehidupan ini? Haih, terima je la. Yang die marah aku ni sebenanya kat YM. Aku slalu gak kena marah ngn die nie, sebab aku sengal kot. Macam mak aku la die nie. Entah2 mmg mak aku kot! Mana la taw kan mak aku dah celik IT. Men tenet saje nak kenakan aku. Isk, ni aku kena waspada skit nie. Kena wakenabeb ngn mak aku sndiri nanti malu je ak nak tunjuk muka.
"Ko rasa nak try gak ke Nina tu?" Nora tny aku.
Nina tu minah yang aku dah ter-minat kat myspace nie. Comel gila, aku jenis xsuke pompuan cantik, hot, dan sebagainya. Taste aku nak pompuan yang comel. Tu la aku terlekat kat si Nina ni. Die pon cam ada respon je, tapi aku xsure la. Aku naif skit bab2 nie. Tu la aku perlukan Nora. Hehe~!
"Ko rase camne? Ok x ko agak?"aku tny balik.
"ikut ko la, kalau ko rasa itu yang terbaik untuk ko. Tapi aku tengok die cam men2 je. Jangan ko kena men dah la"
"isk, ko igt aku ni game ke nak kena men? Aku nak try la aku agak"
"bongok la ko! ko pon taw maksud aku apa kan"
"Ye ye, aku taw. Weh, aku nak chat ngn Nina jap. Papehal kang aku buzz ko taw"
"eh eh takpe la, aku nak out da nie. Ko tcare taw!"
Aku dah malas layan die dah, aku xreply n trus fokus kt si nina ni plak.


2-3 bulan kemudian pon hubugan ktorang still camtu gak. Tapi kengkadang aku tensen je ngn si nina ni. Terasa mcm, aku ni kain buruk je. bila die nak sembang ngn aku, die cari aku. Kalau x, die wat bodo je ngn aku. Kadang2 kalau da set ngn die nk on9, tnggu pny lama pon die x muncul2 plak. Kadang2 tu terasa fed up gak, tapi aku rasa berat nak lepaskan. Aku nak try gak. Mungkin aku dah gali lubang dalam sgt aku dah xbleh klua. Lebih kurang la. (jangan bayang aku gali lubang btol2, tgelak ko nanti) So, segala ketidak puasan hati aku ni, aku salurkan kepada nora sebab die je yang setia dengar segala masalah aku. Die pon slalu mcm back up nina, die kata mebbe nina bz la kot , ade hal la kot dan sebagainya lah. Aku pun terima je la, sebab aku mcm xbleh nak marah kat nina ni walaupn aku rse cam kena main.

Tapi xlama pastu, hubungan aku n nina jadi cam makin baik. Dah dapat no fon die makin rangup la aku men msg ngn die anytime, anywhere. Bila2 sahaja dan di mana sahaja. Best tuh. Aku cam happy je memanjang. Disebabkan aku skg men msg je ngn nina so aku pon malas la nak on9 sgt dah. 
Satu hati tu, Nora msg aku. Dye kata lama x dga cte n tny aku sihat ke. Malangnya time tu, kredit aku kurang. So aku xreply la dlu. Igt dah topup nanti nak reply la. Last2 dah topup aku lpe plak. Time nie aku n nina dah salu kua sama2 sume dah. Kire dah mesra alam la ktorg nie. Sampai syurga eh, sampai la satu hari aku beranikan diri mintak kapel kat die. Die pon terima dengan rela hatinya. Bermulalah lembaran baru dlm kisah hidupku. Berakhirnya zaman bujang. Hehe~!
Dah jadi lumrah berkapel, mesti la kami tukar dari maxis ke celcom. Kenapa? Sebab celcom murah! Celcom upax msg 8 no ½ sen je woo (amik masa promote celcom jap). Lupe la plak aku nk inform kat nora yg aku da tuka no, tapi no dye aku ade lagi. Mula2 hubungan aku berjalan lancar. Sume nyer ok, sumenyer perfect. Die buat apa sume btol. Aku buat sume x salah. Lama skit, mula la krisis dan bencana alam yg lazim dilihat di mana2 perhubungan yang sihat. Pada suatu jumaat, kami bergaduh besar. Sebab die kecil je, sebab reply msg lmbt. Tpi gadoh die da umpama perang dunia ke 2.5 dah.
Malam tu aku tensen gile. Tensen2 tu aku terlintas kat no nora dlm henpon aku. Aku pon call la die. Die happy gila aku call. Pastu aku pon cerita masalah aku kat die. Die dga je aku buat luahan hati. Die x mencelah ke apa pun. Aku da habis ckp sume, dah lega skit, die ckp nak jumpa aku esoknya. Aku tnya la, "nak jmpa watpe?"
"saje je," katanya, "boleh la, plz plz plz!"
"yela yela, sok ek" kataku pula.


Keesokan harinya, pada waktu yg dijanjikan ujan plak. Dah namanya pun kuala lumpur, sesak gile la jalan nak gi tmpat pertamuan ktorg tu, yakni titiwangsa. Aku col dlu ckp aku lmbt skit sbb jam. Die kata xpe sbb die tngu dlm kete ngn mmbe die yg bwk die ke ctu. Aku sbnany cam excited la gak nak jumpa nora ni sbb xpenah jumpa depan2.
Setibanya aku kat prking titiwangsa tu aku pon col dye, "hello, kamu di mana?"
"aku dlm kete nie, ko nek kete pe?" dye tny blik
"aku nek myvi warna oren/merah, kat paking ni"
"ok2 aku nmpk, jap aku dtg"
Seketika kemudian, ade org ketuk tingkap belah penumpang aku. Aku bukak lock n nora masuk keter aku. Payung die tutup dan letak kat bawah seat. Aku dah segan xtaw nak ckp apa
"hai," dia mula dulu.
"hey, dtg ngn spe?"
"dtg ngn roomate aku kt utm semarak"
"ooohh, ko ok x nie?" aku tanya sebab aku tgk die len macam jek. Muke die merah n mata die cam merah.
"Aku ok jek, aku nak cakap ngn ko nie…" die jawab. Sepanjang die bercakap die x pandang aku pun. Die pandang straight ke depan je.
"Ok, cakap la, aku dengar nie" aku x bajet langsung die nak ckp apa aku dgar pasni.
"Ko rasa nina tu ok ke utk ko?"
"Ok la kot. Kenapa?" aku da musykil
"Aku rasa die bukan untuk ko. Aku bleh nmpak dari muke ko, ko sedih. Ko stress ngn die. Aku x suka die buat ko mcm ni!"
Ter lopong jugak mulut aku dga die ckp camtu. Aku intai muka die yg x pandang aku x tgk ekspresi die. Aku nampak die marah. Tapi sebalik kemarahan die tu aku nampak…..die sedih?
"Biasa la kapel bergaduh Nora, mana de kapel happy je x gadoh"
"Memang la! Tapi ni lain! Die x patut buat ko camni! Die xlayak untuk ko!" suaranya keras.
"Habis xkan aku nak tinggalkan die Nora! Xkan gaduh sekali nak trus break!" aku naik marah sebab bagi aku, die x rasional. Pastu aku sambung slow2, "xde orang yg perfect kat dunia ni Nora. Bagi la die peluang."
"tapi aku..tapi aku.." dia pandang aku.
Aku nampak dalam mata die penuh kesakitan yang amat. Kepala aku jadi berat tgk perit dalam mata die. Pastu, setitik air turun ke pipi die. Alamak! Menangis ke Nora nie? Aku dah la paling lemah kalau pompuan menangis depan aku. Tgk ayat-ayat cinta pon aku tumpang menangis ni kan plak org nangis live depan aku.

Nora cepat2 kesat air kat pipi die dan capai handle pintu kete. Sekelip mata die dah kat lua , dalam hujan, tgh lari dari aku. Aku terkaget sekejap. Setengah saat kemudian aku cepat2 keluar kejar die. Bari lari 3 langkah aku dah lencun kena air hujan. Disebabkan kepantasan aku berlari, sekejap je aku dapat keja die. Aku tarik tangan die ke arah kete. Tp die xnak grak, die dok je kat ctu, kat tgah hujan lebat yang amat. (bayangkan video clip tapi bukan aku-kerispatih) Aku diri kat depan die n tgk muka die. Aku x pasti samada memang die tgah nangis atau air hujan yang mengalir laju kat pipi die. Aku tanya die, "kenapa dengan kau ni nora?"
"aku…aku…aku nak.." die cakap smbil teresak2. aku dapat rasakan mata2 mereka yang sedang bertefuh kat pondok berdekatan meng-usha aku n nora.
"ko okay x nie?" aku tny smbil memegang bahu die utk tenangkannya.
"memang..memang xde orang yang sempurna," sambungnya, "tapi..tapi aku nak jadi…yang sempurna untuk kau. 
Ku nak jadi yang sempurna untukkmu"

Lantas aku kebas satu badan. Tiba2 plak otak aku bleh lag. Slow je dia analisis apa Nora ckp kt aku tadi. Mcm analisis satu cerpen plak utk cari watak utama. Last2 otak aku dah faham apa yang Nora maksudkan, tapi aku masih Xleh terima kenyataan. Melihatkan aku diam, Nora trus lari kembali ke kereta kawannya. 

Selama nie, Nora menyimpan perasaan kat aku?
Sepanjang aku luah masalah2 pasal perempuan kat Nora, dia anggap aku sbagai lebih dari kawan?
Aku dah sakiti die dengan kobodohan aku xnampak sume nie?
Yang last skali tu bukan soalan, itu kenyataan. Aku dah sakiti die dengan dalam. Sementara aku fikirkan sume nie, kete Nora mula bergerak pergi meninggalkan situ sementara aku masih lagi terkaget kat tmpat yang sama. Xtaw apa nak fikir. Xtaw apa nak buat.

Dah terlambat ke untuk aku perbetulkan segala yang salah nie?

(abes la seat kete aku basah balik nie)

-perlu disambung?-

0 comments: