07 May 2011

Perokok juga manusia (yang bebal, bodoh, bangang, retard, dan sebagainya)

tapi bukan semua. ada yang okay. sikit je kut :)




perasan tak zaman skang nie ramai btol jejanz isap rokok? ajaib sungguh fenomena ini, tak begitu? aku pun perokok juga. aku 1st try rokok masa 2002, jadi pelanggan tetap pada 2003 hingga kini -__-" dah berkali-kali cuba berhenti, dah berkali-kali juga gagal. 

okay, post kali ni bukan nak cerita kenapa orang hisap rokok. topik tu boring. dan kebanyakannya tak relevan pun. bukan juga nak cerita pasal bahaya merokok. semua orang dah tahu dah pasal tu. and trust me, perokok lebih2 tahu lagi pasal topik tu. tak setiap kali beli rokok pulak di'saji'kan dengan gmbar yang ngeri2 belaka. sampai dah lali dan siap boleh pilih nak gmba apa. lol :D
Pilihan gambar ngeri

anyways, aku terbaca blog seorang kawan kelas aku ni dan terpanggil untuk turut mengutuk perokok2 di luar sana tapi pada masa yang sama, mempertahankan perokok yang tak err.. teruk seperti yang diceritakan. rintihan beliau boleh didapati di sini

berikut adalah 7 spesis perokok, yang aku sebagai perokok juga benci:

1. smokers yg hembus asap ke arah kawan2 yg non-smoker
bg aku ni adalah spesis yg tak menghormati orang lain langsung. even kalau kawan tu 'okay' dengan asap rokok, tak bole ke asap tu dihembus ke atas ke, ke bawah ke, ke belakang ke. memang la dalam life kita kena pandang ke hadapan, tapi takkan asap rokok pun nak dihembus ke depan. pffft!

2. smokers hisap rokok atas kenderaan awam
apa sial korang ni? dok kalau bas dari kedah pegi johor aku aku faham dohh. ni setakat bas dari Ocean ke Melaka Sentral tak smpai berapa minit pun ko nak kena bakar gak. adoi. maka memang betul la rokok dah umpama udara yang membantu kau terus hidup di atas dunia. tanpa rokok kau lemah, pasti kau mati. pfft

3. smokers hisap rokok di tempat no smoking
lazimnya karaoke kot. entah, aku jarang plak gi tempat lain. pape la, berbalik pada point. kalau dah namanya no smoking area, pasti la takde sistem ventilation untuk mengalirkan udara segar masuk. aku pun naik lemas la bodoh. mata pun jadi pedih. nak jalan pun jadi takot. mana taknya, dah berkabus dah depan mata macam citer zombi kg pisang. apa la otak letak kat err..otak boleh plak tuka2 tempat -_- kawan2 aku ramai termasuk dalam golongan ni. 

dah macam kat sini -__-"
4. smokers gatal tangan cucuh sana sini
ada yang siap tulis nama lagi tuh. takleh blah. tapi kagum jugak dengan dedikasi yang dipamerkan. bukan senang tu nak cucuuuuuh...cucuuuuuh... sampai la terbentuk imej/nama dia. dasyat. baik la kau masuk Lim Kok Wing bodoh. 

5. smokers yang bangga
spesis ni la paling ajaib -_-. keluar rokok Dunhill20 sekotak riak dia dah macam keluar kunci kereta Ferrari. bakar rokok hembus asap dah macam asap kau tu bau syurga. pastu bajet2 macam awek-awek semua terpikat la kau hisap rokok ya. cool sial kau :) nanti amek la 300++ gambar pastu buat jadi profile picture kat fesbuk kau ye :)
eh jap, disclaimer. bukan semua perokok macam ni. ni segelintir je :)
aku? malu lagi ada la hisap rokok. sebab ,maksudnya aku lemah pada rayuan manja eh, lemah pada hasutan kawan2 dan terlalu lemah untuk berhenti. 

6. smokers merokok berhampiran bayi/budak kecik/ibu mengandung/orang tua sakit. 
ni basic doh. sebagaimana asap rokok tu bahaya kat ko, dia lagi la bahaya kat budak kecik, berjuta kali lebih bahaya kat baby, and berbillion kali bahaya kat baby dalam kandungan. entah2 budak tu tak sempat kelua dah KO. baby kot. baby. baby! jgn la merosakkan nyawa yang tak berdosa -_-" tak pasal2 cacat anak orang lain kang. aku pling kesian kalau tgk bapak dengan selamba badak isap rokok bila dengan anak2 kecik ke/ bini mengandung ke. apa la retard sangat bapak korang ni. ciaaan..

skang baby tido. lagi 5 tahun baby mati

7. perokok yang tak beli rokok. 
ini lebih kepada isu peribadi. kikikiki

so untuk meneruskan agenda kita hari ini. smokers ni memang suka hisap rokok di tempat public (kedai makan dsb.) tapi bukan la bermaksud perokok ni semua tak concern langsung tentang keadaaan orang sekeliling. smokers akan ada mindset takpe, diaorang tak kisah bila smoke di tempat public. so, maka, justeru itu (praktis BM lama) kalau asap yang terhasil amat2 menganggu anda. TEGUR. kalau ko diam memang la kitorang fikir takde pape. cuba ko tegurm cakap ko lemas ke apa ke. mesti kitorang padam @ pergi isap kat tmpat lain @ pastikan asap ke lain. perokok bukannya si bebal yang tak boleh ditegur. 

ada plak spesis yang tak tegur tapi menggunakan cara yang lebih sinis. batuk terbokol2 yang memang palsu giler. tutup hidung. takpun mengata (tapi memang boleh dengar). apa respon perokok terhadap orang2 sopan  macam ni? kami buat bodoh je. dan tak mustahil lagi banyak asap berkepul ke arah orang2 macam ni :) eh ni bukan perokok je, memang manusia macam nie. kena perli kena maki kena cakap belakang. sape nak dengar? lagi orang panas ada la. tapi cuba kalau cakap elok2, kan ke mudah diturut. 

atau mungkin ada yg fikir perokok ni semua kurang ajar, buat apa nak cakap elok2? well, up to you la. aku bagi suggestion je, nak turut ke takmaw tu hak korang. -__-"


aku tergelak plak baca kat blog Moon yang tulis pasal isap rokok siap buat asap bulat2 tu. hehe. boring kan? buat la asap bentuk petak ke, bintang ke, <3 ke.. asyik2 bulat. tapi biarla, nanti bole buat jadi rantai hadiahkan kat gf die. duit = rokok = asap = duit. gelang duit? romantik gitu :)

camni pun dasyat gak

anyways, next aku nak stresskan point yang bukan semua perokok adalah tak beradab. yang biadap tu lazimnya dia memang seorang insan yang kurang ajar, dan kebetulan die seorang perokok. so jangaan la kerna nila setitik, rosak susu selautan. kerna kerbau sekor kotor satu kandang pun kotor ke apa ntah peribahasa dia. lupa la. sebagai contoh, ada sekali tu. aku and geng lepak satu table dengan seorang yang tak hisap rokok. kat table tu dia sorang je tak hisap rokok. kawan aku sorang keluar kan rokok lantas minah ni berkata,"jangan hisap boleh tak, aku asthma". kitorang semua smoke kat tempat lain masa tu. dah abes smoke baru duduk balik. takde pulak sapa2 nak cakap,"ko asthma lantak ko la, gi tempat lain." sebab perokok ni sedar diri. so kalau tak suke cakap. jangan disimpan dalam hati, nanti bunga disambar orang :) (sumpah tak relevan)

kitorang sendiri pun masa mula masuk kat hostel dulu, tanya kat housemates yang non-smoking. kalau dia kata okay, okay la. walaupun dia okay, kalau aku nmpak die macam batuk2 ke, tak selesa ke, aku alihkan kedudukan merokok aku dari kat tengah2 rumah ke dalam bilik ke, tepi tingkap ke. 

sama jugak kalau kat kedai makan, kalau ada sape2 perasan aku bangun dan merayap untuk hisap rokok tu maksudnya 1. ada budak kecik/mak mengandung di sekitar 2. kedai dah padat sangat, aku hembus mana pun masuk dalam nasi orang. lol 3. aku lepak ngan orang tak tahan bau rokok. 

(dah macam post untuk selamatkan diri sendiri plak?)

then, adakah cool hisap rokok? tak pun. celah mana entah cool. 

Brad Pitt? Brad Pitt memang la cool! Brad Pitt hisap apa pun cool. hisap straw pun cool. hisap ekzos motor pun cool. kau tu? kau Brad Pitt ke? kalau jawapannya tak jangan nak rasa diri tu cool sangat la hisap rokok dok.

Katy Perry? Katy Perry tu awek aku! perlu ke aku membebel pasal dia hisap apa pun cantik? pffft!


Betul ke orang hisap rokok sebab stress? Teeeettt! Stress karaoke la dok. apa la hisap rokok. aku dah buat kajian (ke atas diri sendiri) rokok tak membantu stress langsung. jangan nak guna alasan stress sangat la -_- 

mendeee la ko nak stress
Ini jauh lebih sesuai ^.^

merokok senang cari kawan? err..betul. kot. senang cari kawan, tapi kawan yang merokok jugak la. hehe. berdasarkan pengalaman peribadi, untuk muda remaja, pergi ke tempat yang tak boleh merokok seperti PLKN, unversiti dan mana2 lagi. kite mesti cari orang yg isap rokok jugak dan pergi curi2 isap rokok bersama. dan hasilnya akan wujud satu ikatan antara perokok2 nie sume. perokok mudah rapat dengan perokok. tapi AWAS! perokok ni kan lazimnya err.. nakal2. so bila dah berkumpul geng nakal2, jadi la geng supernakal. so kalau dalam bab study geng supernakal tak berapa nak serius, maybe tak serius langsung pun. and berdasarkan pemerhatian, 90% lelaki yang lazim ponteng kelas adalah.... yes, smokers. so senang la nak 'ter'salah pilih kawan. tpi kalau pandai bawa diri maka tiada masalahlah. jarang la plak nak tgk perokok tak kawan dengan perokok lain. benda tu automatik. kot. entah. aku bukan kaunselor ke psyco pny orang ke. 




QUIT SMOKING? berhenti? apa yang susah sangat nak berhenti? gian eh? gile eh? comel eh? otak kau eh? yang buat susah nak berhenti ada dua faktor. wahh, macam doktor dah gitu :D first, ketagihan. second, habit. merokok ni memang menyebabkan ketagihan. ni tak dinafikan. ketagihan nikotin. asalnya memang kite tak rasa kita akan ketagih. kata la asalnya kita hisap sebatang. badan kite diisi dengan nikotin selama sehari. pastu makin lama badan kita pny sistem menentang nikoting nie. so makin lama makin cepat nikotin dihapuskan dari badan kite. so kata la pastu setahun, isap rokok sebatang, nikotin bertahan dalam badan 1 jam saja. pastu kite akan mula terasa kekurang nikotin atau bg perokok rasa "aku nak rokok". so benda ni akan berpusing dan berpusing selagi mana kite isap rokok dan makin lama makin banyak dan makin tak puas bila isap rokok. faham? 

cara paling senang untuk berhenti isap rokok adalah berhenti terus. ya, berhenti terus. bayangkan pili air terbukak sampai bilik air banjir. apa cara paling senang untuk surutkan banjir? tutup la paip, iaitu sumber air. begitu jugak dengan rokok. berhenti hisap rokok iaitu sumber nikotin. :)

HABIT. hehe, kita dah biasa hisap rokok. dah bertahun2 hisap. dah biasa ada rokok kat tangan. dah biasa hembus keluar asap. boring skit rokok. sembang2 sambil minum kopi jantan, bakar rokok. kalau dah berhenti, nak buat apa? nak isi kekosongan tu dengan apa? lolipop? kang elok berhenti rokok darah manis plak kang -__-"

ceyt aku cakap pandai aku sendiri nak berhenti tak berjaya lagi. lol. bapak aku da suh benti. mak aku da suh benti. nenek aku da suh benti. kakak aku da suh benti. awek aku da suh benti. kawan aku da suh benti. aku je tak suh diri sendiri benti, dan sebab itulah setiap hari aku akan pergi membeli John sekotak walupun tanpa kerelaan. 


as a conclusion (ayat skema penutup SPM), post ni pasal apa? entah, asalnya aku nak tulis pasal lain, pastu dah menyimpang ke lain. tak pena nak fokus. macam life aku jugak la. mula2 nak jadi ni, pastu jadi tu, last2 buat nie. pfft. kalau ada yang baca sampai sini, trimas kerna membaca. sudi2 la tinggalkan kutukan anda di bawah. 

disclaimer: segala benda adalah pandangan/peribadi hasil pemerhatian aku tanpa sokongan research ke article ke apa ke. kecuali bab berhenti tu ada disokong oleh pakar terkemuka. sekian. tolong jgn 'sembur' aku.

*sedikit bahan dicuri daripada blog Ummul Qais (honeydewlah.blogspot.com)
**gamba dicedok dari Google Images 
***perasan tak aku da pandai letak gmba? yay yay aku da tak noob :) 

3 comments:

tulip puteh said...

cbe bace doa makan sebelum merokok...xpun bca Basmallah ckup la..

izhar said...

lepas ni saya cuba amalkan :)

CoOkiE MoNSter said...

Yg hairan tu dah nampak ada budak kecik dpan mata pun selamba nyala rokok. Rasa nk pkul pun ada.-.-