11 August 2011

35 Cara Buat Awek Happy Sokmo -__-

               ok a few weeks back aku terjumpa artikel ni dalam majalah apa entah. remaja ke jejaka ke or something like that lah. tajuk dia 35 CARA BUAT TEMAN WANITA KAMU GEMBIRA!
terdetik la dalam hati aku, wow tajuk mengancam,!, dan disebabkan aku ni pon agak fail bab2 romantis puitis jiwangis ni, aku pun usha la. sweet kan aku? tak? pape la.

               anyways, aku selak2 baca2 blom sempat sampai tips #1 aku da tergelak. why? tgk kat bawah ni. 



AMAT MUDAH UNTUK MENGGEMBIRAKAN HATI KEKASIH KESAYANGAN KAMU. SEBAGAI SEORANG LELAKI, KAMU HANYA PERLU MENJADI SEORANG : kawanbaikpenemansepanjanghayatpencintayangsetiaabangyangmelindungibersikapsepertibapanya dan macam-macam lagi.
seriously? bagi aku bukan apa tapi pilihan/susunan ayat dia je yang buat kelakar. 'amat mudah'? hanya perlu menjadi 'seorang'? ni dah bukan seorang, ni dah berorang-orang.
dan kalau kite perhatikan, tak cukup 35,ada pulak kolum-kolum di tepi ni, hah amek kau. 'tanpa perlu melupakan', maksudnya tak boleh lupe lah. pada masa yang sama, kamu perlu, maksudnya, pada masa yang sama korang perlu.
'namun paling penting jangan sesekali lupa' so maksudnya yang lain-lain ni semua tak berapa penting la yeah?



               maka marilah kite tgk sikit apa sebenarnya tips2 genius yang disediakan ni. guys boleh la amek rujukan, senang nak 'menggembirakan hati kekasih kesayangan kamu'. kekasih yang kurang disayangi abaikan je yang penting kekasih kesayangan happy :)

1. kawan baik. this is so common sense. kite kena faham die, always be someone she can talk to, always there for her and bla bla bla. bagi yang tak faham nie jangan tanya aku sebab aku pon tak faham,
   sebab definisi best friend bg laki dan pompuan adalah berbeze. rasanya la -__- bagi aku, aweks and kawan. berbeza. asing.

2. peneman sepanjang hayat. LULz. peneman SEPANJANG HaYat!!? macam mana aku nak jadi peneman sepanjang hayat? bukan maksudnya aku tak nak. i mean, cmne aku nak deliberately jadi peneman sepanjang hayat kepada gf aku?
   i mean, mcm mana nak taw pada masa akan datang tiada pertelingkahan? pergaduhan? takde lagi persefahaman? kematian? kita tak boleh ramal semua tu. yang paling boleh aku buat pun cakap je la kat awek akan teman die sepanjang hayat. kalau sweet skit janji. kalau jiwang habes sumpah
   tapi kalau dah sumpah ada persoalan baru yg menarik plak. teman sepanjang hayat, hayat sapa? hayat ko ke awek ko? kalau kau jalan dulu mcm mana plak citenye? jadi hantu teman die sampai die plak jalan? oooh creeepy. keliwon sial. kalau awek ko plak yg jalan dulu? ko nak teman die dalam kubo?  LULz. ok dah merepek dah nie

3. pencinta yang setia. ni benda paling basic!! so seriously la. perlu ke letak. masa aku selak muke depan aku ingat die nak bagi tip2 "bernas". benda yang aku tak taw la.
   setakat bnda yang sume orang taw dr, fadzilah kamsah pon boleh.

4. abang yang melindungi. hehe kelakar aku dengar ayat ni. balak memang la akan melindungi kekasih hatinya so tak perlu la nak naik pangkat jadi 'abang' plak kot. kang ada plak spesis gadis2 yang ada abag 'overprotective' ke apa ke, ko pon nak tumpang sekaki jadi 'abang yang melindungi kang' naya je. 


5. bersikap seperti bapanya. SUMPAH TIPU. i assume bile die cakap 'bersikap seperti bapanya' yang die nak sampaikan sebenarnya adalah' bersikap seperti seorang bapa kepadanya'
   sebab kalau die nak literally bersikap seperti bapanya maksudnyaaa....kena sikap seperti bapanya la. bapanya suka bg duit shopping ko pon kena ikut. bapanya merokok ko pon kena ikut. bapanya panas baran ko pon kena ikut.
   haha, kalau bersikap seperti seorang bapa kepadanya logik sikit! maksudnya ko kena prangai cam bapak2 sikit la. tapi kenapa aku cakap tipu? okay so sikap kebapaan ni atau paternal la kata omputeh nya lebeh menjurus kepada protectiveness.
   orang laki ni memang semulajadi pelindung kepada keluarga dia. tu la bapak2 nie, anak nak kua lewat skit TAK BOLEH! nak seksi meksi sikit TAK BOLEH! nak pergi trip jauh skit TAK BOLEH! kenapa? kenapa? sebab bapak risau pape kecelakaan menimpa kau la celaka! ngehehehe
   so kadang2 rasa terkongkong ye tak? so kalau balak kau pon perangai mcm bapak kau mesti kau menyirap. kekeke. sekian pasal isu bapak. oops disclaimer: bukan semua bapa bersikap cengginie. ada yang tak protective sangat. tapi percayalah dalam hati beliau sentiasa risau resah gelisah dan mcm2 lagi lah

6. ketua yang bertoleransi. apa ni? what the fish? ketua dari segi apa? aku assume kalau dalam perkapelan, ketua tu maksudnya ko kena jadi tukang buat keputusan la. so maksudnya si jantan selaku ketua kena kelua memburu, serang kampung musuh, cari gua yang sesuai eh, ni kalau zaman batu dulu la.
   kalau zaman internet nie, jejanz kena buat keputusan nak keluar dating pergi mana, shopping kat mana, hari ni nak sedondon baju warna apa dan sebagainya. tapi COP! kena jadi ketua yang bertoleransi. so ertinya, ko kena denga jugak pandangan kekasih pujangga hati ekau.
   so misal kata (misal kata? kekeke klasik gila ayat) kau selaku lelaki dan ketua ajak pergi errrr...klcc (aku tak taw org skg dating ke mana) tapi si bunga tak maw. dia nak ke errr.... mid valley (zaman aku dating dulu 2 tmpt tu je la). si lelaki selaku ketua dah buat keputusan, tapi menurut guide nie, die kena jadi ketua yg bertoleransi
   so die kena dengar cakap si bunga dan ke Mid(Valley). kalau menurut pemerhatian aku (kalau sala boleh btolkan), perempuan ni selalunya dia dah tahu dai mahu ke mana. dan dia memang mahu ke sana. so bullshit la kalau keluar dengan awek berlaku perbualan begini

   guy: hye sayang cantiknya awak harini bau pun wangi mesti baru lepas mandi so kite nak pergi mana?
   girl: i taw i memang cantik thnx puji nak pergi mana? ikot you la
   guy: okay, jom kite pergi klcc tgk cerita Transexual 3 : dark of the alley
   girl: tapi dekat Shopping Mall Terkini ada sale Rahsia Victoria 97%
   guy: so you nak pergi Shopping Mall Terkini la?
   girl: tak kisah ikut you la
   guy: kita tengok wayang la, i teringin tgk cerita tu
   girl: alaaaa, tapi jom la pergi Shopping Mall Terkini, ada sale!
   guy: ye la jom la

   tak tahu? tak kisah? ikut you? ini semua ayat bullshit je. haha. okay disclaimer: bukan semua perempuan macam ni, ni hanya dari cerita kawan2 lelaki dan (kadang2) pengalaman sendiri. ada seorang teman baik aku cakap, women don't know what they want. okay opinion aku adalah, in terms of emotion maybe (certain) women don't know what they want. the physical stuff?

7. Chef yang pandai memasak. hahaha LOL, that's your job! 





8. Juruteknik yang handal. 


9. Tukang baiki kasut-kasutnya. wtf!? this pic down here tells you exactly how i feel bout that
10.pembetul paip di rumahnya. kekekeke da makin merepek la plak. ok la so dari kalangan lelaki2 biasa kat Msia ni, berapa orang la sangat yang reti repair paip. dan dari segelintir yang tahu tu, berapa la sangat yang sanggup repair paip untuk awek yang tercinta sekalipun. cinta, cinta gak, kalau paip tu dah berbulan tersumbat, bau pun dah dasyat...cinta pon boleh tergugat -_-



11. mekanik kereta di saat keretanya rosak. hee hee. okay, ni senang sikit dari paip busuk. tapi ini pun, lazimnya setakat tukar tayar pancit, jump start kereta, tukar bateri, atau push-start, rasanya majoriti pemandu lelaki taw. tapi kalau benda lain yang rosak kat kete aweks, jejanz semua akan bukak bonet and tengok kat enjin smbil buat muke tekun/fokus/kool. konon2 faham la apa tengah berlaku kat enjin tu. tengok minyak hitam la, check air la, ketuk2 bateri la. konon, cakap je kat awek ko tak taw apa rosak kan senang. hehe



12.penghias rumahnya. you gotta be kidding. rumah akuy sendiri pun tak berhias ni kan pulak nak hias rumah ko? how many guys actually even decorate their own houses? lol, kalau pompuan suke decoration stokin, baju n seluar bersepah2 happy la kot kalau harapkan lelaki yang decorate rumah -_-

13.penggaya fesyennya. hehehe. no komen. pandai2 la korang

14.tukang urut kakinya yang lenguh. daaaaamn youuu....! apakah semua ini!! okay i admit its really sweet for a guy to urut his chicks feet when theyre sore, but i'm under the impression that whenever the girls feet are sore, then so are the guys'.

sedaaaaaaappp

15.pakar psikologi. so kena jadi PAKAR psiko plak?

16.pakar psikiatri tatkala dia murung. dah la kena pakar psiko, psikiatri pun sama gak? ini sudah lebih.

17.pelega perasaaannya. lega mcm mana tuh? -__-

18.pendengar yang baik. i do believe that most guys are good listeners. seriously. lelaki kadang2 walaupun die nampak macam tak berapa nak fokus tapi dia dengar gak apa yang aweks sedang cerita@bebel. but guys cant be good listeners ALL the time. don't expect guys to be good listeners when they're hanging out with BROs or when theyre gaming. simple. i dont get why some girls dont get this.

19.perancang acara yang hebat. bodo la artikel ni, gelak besar aku tengah malam buta ni. perancang acara? event organizer? acara apa sebenanrnya? aaaargg apa nie!! konfius gilee -___-"

20.bapa mithali. errrr...belum kahwin macam mana nak tahu orang itu bapa mithali ke tak?

21.pembersih. ok fine. yang ni logik.

22.simpati terhadap orang lain. apa kena mengena simpati terhadap orang lain dengan buat teman wanita gembira? kalau aku kesian kat orang buta mintak seekah tu aku bagi singgit, awek aku akan gembira sehingga melonjak keriangan? -__- rasanya tak kot

23.atlet yang gagah. ini adalah suatu diskriminasi! dah la kena atlet. atlet yang gagah pulak tu -__-

24.pelindung di kala dia dikacau. common sense. tapi tengok gak. kalau orang yang kacau jantan mana yang tak melindung. tapi kalau momok yang kacau err.... kadang2 jantan yang cabut dulu

25.konsultan di saat si dia memerlukan nasihat. konsultan pulaaaaak. ni macam sama je dengan psiko n psikik kat atas sana. dan persoalannya si gadis nak sangat ke ikut nasihat si jantanz @.@

26.bijaksana. lalalalalalaalalal no komen

27.pelawak yang kelakar. semua lelaki boleh la menonton maharaja lawak untuk menjadi pelawak yang kelakar supaya teman wanita anda gembira sentiasa -_-

28.bercita-cita tinggi. kalau cita2 kau setakat nak jaga tandas kat the mall tu, tak gembira la awek ko nmpaknya. kalau awek kau takde cita2 takpe, yg penting cita2 ko kena tinggi

29.kreatif. kreatif macam mana tu? -__- tak kisah la macam mana pun, ada banyak cara kreatif untuk gembirakan awek masing2

30.sangat memahami. perasan tak? SANGAT memahami. memahami je tak boleh taw, kena SANGAT memahami. hahaha. kalau awek kau pyed, kau kena SANGAT faham kenapa die bad mood. kalau dia tengah sedih sebab Shahir AF tak menang AJL kau kena SANGAT faham yang ko tak hensem macam Shahir. Kalau die saja2 rasa nak maki kau, kau kena SANGAT faham yang dia saja je nak maki kau -_-

31.kuat dah gagah. ............................... (maksudnya lu orang pikir la sendiri)



32.benar. benar apa? benar-benar kuat dan gagah? kekekeke

33.boleh diharap. no komen. tapi tengok jugak la apa yang diharapkan tu -__-

34.bersemangat. ni memang la. sape nak balak yang tak bermaya muram suram kusam tanpa tenaga je oi -__-

35.multitaksing. ni maksudnya boleh buat bnyk benda pada satu masa. contohnya, boleh urut kaki dia sambil melegakan perasaan dia sambil mendengar rintihan die sambil membetulkan paip kat rumah dia.  ataupun, masak dinner untuk dia smbil repair kasut2 dia smbil tukar tayar pancit kereta dia smbil buat lawak kat dia sambil melindung dia dari lipas -__-


               hah kau tengok berapa banyak benda dia nak tu. i mean, we are guys not gods. tinggi gila expectation untuk menggembirakan teman wanita. kalau betul la semua ni, no wonder la ramai laki mengalami depression, atau jadi gay. LULz.
        obviously, semua ni hanya lah ciri2 yang ada pada lelaki yang HANYA wujud dalam fantasi liar si penulis artikel ini. phew selamat! :D


eh tak habis lagi!! ada lagi guys, korang kena buat semua benda di atas TANPA PERLU MELUPAKAN

1. pujian buat si dia setiap hari. setiap hari kena puji dia. kalau dah habis puji atau dah takde pape untuk dipuji, tipu je la. asalkan pujian. 'eh mata you bulat sikit' eh you cerah sikit' eh you banyak cakap sikit' ke apa ke, ikut kreativiti masing2. rujuk no 29 di atas

2. ucapan good night dan sweet dream setiap malam. setiap malam kena ucap taw! kalau tak ucap esoknya konfem perang. entah kenapa entah pompuan amek berat btol kat goodnight nie. kata la satu malam ko kena langgar kete cedera parah, sebelum pengsan ko WAJIB text die cakap goodnight kalau tak, nescaya dia akan emosi dan tacing gile babb dan takkan melawat ko kat spital

3. jujur lagi bercakap benar. fail la BM penulis nie. takkan la jujur tapi bercakap dusta. atau bercakap benar tapi menipu. die ni nmpak sangat da takde idea nak tulis apa so apa pun die taram. sape nak balak yang menipu dan berkata dusta bongok?

4. yang ni best HARTA DAN DUIT YANG BERTIMBUN-TIMBUN best kan? best tak? hah da capital bold italic underline sume aku bubuh untuk stresskan betapa bestnya point tu. so guys, janganlah me'lupa'kan harta dan duit yang bertimbun-timbun ye. ye la 'semua orang' ada harta dan duit yang bertimbun-timbun kan? -__-
Abang KAYA!


5. jangan menjeling ke arah perempuan lain apabila bersamanya. aku rasa perlu ada pembetulan kat sini. patutnya berbunyi begini, 'jangan kantoi usha perempuan lain apabila bersamanya' bullshit la jantan nak cakap die tak usha pompuan lain langsung. it's a guy's second nature. soalnya kantoi tak kantoi je. yang tak kantoi tu awek die pun fikir 'omg my bf so sweet, he vever looks at other gals.' WRONG! die cume tak kantoi je doesnt mean he never...peeps at that juicy ass :)

6. memimpin tangannya ketika melintas jalan. awww, korang kan dah besar? nak pimpin2 apa lagi. sigh..


dan ada lagi, PADA MASA YANG SAMA, KAMU PERLU


1. berikan dia sepenuh perhatian tanpa mengharapkan balasan. hehehehe. girls macam mana nak taw balak korang tu mengharapkan balasan ke tak -__- and guys, this basically means, you need to give the girls everything, they dont have to give you anything. fair isn't it :)

2. berikan si dia masa untuk dirinya sendiri tanpa mengongkong dirinya. fuck no! kalau bagi gf masa, macam mana nak laksanakan 35 + 6 + 1 perkara kat atas ni!!?

3. berikan dia ruang tanpa perlu risau ke mana dia pergi. mana boleh!!! kalau dia pergi mana2 tanpa bf, mcm mana nak lindung dia kala dia dikacau? cmne nak pimpin tangan die lintas jalan? kang heels tercabut sape nak gam balik? -__-"

setelah melakukan semua di atas bagus la NAMUN PALING PENTING ADALAH (note: aku tak rasa ni paling penting, aku rasa ini SAHAJA la yang penting. sila abaikan 35 + 6 + 3 perkara di atas.)


JANGAN LUPA

1. tarikh harijadinya. gadis2 sangat menitik beratkan bukan sahaja hari jadi, tapi segala hari yang signifikan dalam hidup mereka. semua kena ingat. semua kena wish. baik bday, ulang tahun, ulang bulan, ulang hari, hari die dapat kereta, hari anak kucing dia lahir la apa la semua kena ingat semua kena celbrate. faham guys? kalau lupa, alamatnya perang la. pujuk la ko sampai lebam. guys jarang plak jmpa yang tacing kalau orang blupe bday dia, kadang2 dia sendiri lupe bday die. kalau ada yang emo tu, bukan guys tapi sissy.

2. tarikh ulang tahun. seperti di atas.

3. rancangan yang telah dia *something* untuk meraikan hubungan *something*. rasanya ni nak kata apa yag dia dah buat untuk celebrate la. kot. pada pendapat peribadi aku, takkan nak kena ingat dan appreciate apa yg gf dah buat untuk celebrate sahaja? kite kena appreciate everything. kadang2 benda tu halus kite tak perasan, ni bukan untuk guys je, girls pun kena amek perhatian. contoh2nya korg pikir la sendiri, malasz da nie -__-


so apa kesimpulan yang kita dapat dari semua nie? kesimpulan aku sendiri la

1. penulis rencana majalah ni, majalah apa ntah lupa dah, sangat bongok dan noob serta ntah pape. seriously, hantar la dia pergi kursus ke apa kee.

2. ada perkara dari di atas yang boleh dipraktikkan, tetapi kebanyakannya adalah bullshit! seperti yang aku sebut, semua tu adalah fantasi si penulis je. nak laki gagah hensem kaya berharta memahami pendengar yang baik tak intai pompuan lain BANYAK cantik kau. kau pergi cari Edward Cullen je la. Lulz

3. mungkin jugak aku salah, sape ada kenal jejanz yang memenuhi kesemua ciri2 di atas, perkenalkanla pada saya :)

sekian untuk hari ini




07 May 2011

Perokok juga manusia (yang bebal, bodoh, bangang, retard, dan sebagainya)

tapi bukan semua. ada yang okay. sikit je kut :)




perasan tak zaman skang nie ramai btol jejanz isap rokok? ajaib sungguh fenomena ini, tak begitu? aku pun perokok juga. aku 1st try rokok masa 2002, jadi pelanggan tetap pada 2003 hingga kini -__-" dah berkali-kali cuba berhenti, dah berkali-kali juga gagal. 

okay, post kali ni bukan nak cerita kenapa orang hisap rokok. topik tu boring. dan kebanyakannya tak relevan pun. bukan juga nak cerita pasal bahaya merokok. semua orang dah tahu dah pasal tu. and trust me, perokok lebih2 tahu lagi pasal topik tu. tak setiap kali beli rokok pulak di'saji'kan dengan gmbar yang ngeri2 belaka. sampai dah lali dan siap boleh pilih nak gmba apa. lol :D
Pilihan gambar ngeri

anyways, aku terbaca blog seorang kawan kelas aku ni dan terpanggil untuk turut mengutuk perokok2 di luar sana tapi pada masa yang sama, mempertahankan perokok yang tak err.. teruk seperti yang diceritakan. rintihan beliau boleh didapati di sini

berikut adalah 7 spesis perokok, yang aku sebagai perokok juga benci:

1. smokers yg hembus asap ke arah kawan2 yg non-smoker
bg aku ni adalah spesis yg tak menghormati orang lain langsung. even kalau kawan tu 'okay' dengan asap rokok, tak bole ke asap tu dihembus ke atas ke, ke bawah ke, ke belakang ke. memang la dalam life kita kena pandang ke hadapan, tapi takkan asap rokok pun nak dihembus ke depan. pffft!

2. smokers hisap rokok atas kenderaan awam
apa sial korang ni? dok kalau bas dari kedah pegi johor aku aku faham dohh. ni setakat bas dari Ocean ke Melaka Sentral tak smpai berapa minit pun ko nak kena bakar gak. adoi. maka memang betul la rokok dah umpama udara yang membantu kau terus hidup di atas dunia. tanpa rokok kau lemah, pasti kau mati. pfft

3. smokers hisap rokok di tempat no smoking
lazimnya karaoke kot. entah, aku jarang plak gi tempat lain. pape la, berbalik pada point. kalau dah namanya no smoking area, pasti la takde sistem ventilation untuk mengalirkan udara segar masuk. aku pun naik lemas la bodoh. mata pun jadi pedih. nak jalan pun jadi takot. mana taknya, dah berkabus dah depan mata macam citer zombi kg pisang. apa la otak letak kat err..otak boleh plak tuka2 tempat -_- kawan2 aku ramai termasuk dalam golongan ni. 

dah macam kat sini -__-"
4. smokers gatal tangan cucuh sana sini
ada yang siap tulis nama lagi tuh. takleh blah. tapi kagum jugak dengan dedikasi yang dipamerkan. bukan senang tu nak cucuuuuuh...cucuuuuuh... sampai la terbentuk imej/nama dia. dasyat. baik la kau masuk Lim Kok Wing bodoh. 

5. smokers yang bangga
spesis ni la paling ajaib -_-. keluar rokok Dunhill20 sekotak riak dia dah macam keluar kunci kereta Ferrari. bakar rokok hembus asap dah macam asap kau tu bau syurga. pastu bajet2 macam awek-awek semua terpikat la kau hisap rokok ya. cool sial kau :) nanti amek la 300++ gambar pastu buat jadi profile picture kat fesbuk kau ye :)
eh jap, disclaimer. bukan semua perokok macam ni. ni segelintir je :)
aku? malu lagi ada la hisap rokok. sebab ,maksudnya aku lemah pada rayuan manja eh, lemah pada hasutan kawan2 dan terlalu lemah untuk berhenti. 

6. smokers merokok berhampiran bayi/budak kecik/ibu mengandung/orang tua sakit. 
ni basic doh. sebagaimana asap rokok tu bahaya kat ko, dia lagi la bahaya kat budak kecik, berjuta kali lebih bahaya kat baby, and berbillion kali bahaya kat baby dalam kandungan. entah2 budak tu tak sempat kelua dah KO. baby kot. baby. baby! jgn la merosakkan nyawa yang tak berdosa -_-" tak pasal2 cacat anak orang lain kang. aku pling kesian kalau tgk bapak dengan selamba badak isap rokok bila dengan anak2 kecik ke/ bini mengandung ke. apa la retard sangat bapak korang ni. ciaaan..

skang baby tido. lagi 5 tahun baby mati

7. perokok yang tak beli rokok. 
ini lebih kepada isu peribadi. kikikiki

so untuk meneruskan agenda kita hari ini. smokers ni memang suka hisap rokok di tempat public (kedai makan dsb.) tapi bukan la bermaksud perokok ni semua tak concern langsung tentang keadaaan orang sekeliling. smokers akan ada mindset takpe, diaorang tak kisah bila smoke di tempat public. so, maka, justeru itu (praktis BM lama) kalau asap yang terhasil amat2 menganggu anda. TEGUR. kalau ko diam memang la kitorang fikir takde pape. cuba ko tegurm cakap ko lemas ke apa ke. mesti kitorang padam @ pergi isap kat tmpat lain @ pastikan asap ke lain. perokok bukannya si bebal yang tak boleh ditegur. 

ada plak spesis yang tak tegur tapi menggunakan cara yang lebih sinis. batuk terbokol2 yang memang palsu giler. tutup hidung. takpun mengata (tapi memang boleh dengar). apa respon perokok terhadap orang2 sopan  macam ni? kami buat bodoh je. dan tak mustahil lagi banyak asap berkepul ke arah orang2 macam ni :) eh ni bukan perokok je, memang manusia macam nie. kena perli kena maki kena cakap belakang. sape nak dengar? lagi orang panas ada la. tapi cuba kalau cakap elok2, kan ke mudah diturut. 

atau mungkin ada yg fikir perokok ni semua kurang ajar, buat apa nak cakap elok2? well, up to you la. aku bagi suggestion je, nak turut ke takmaw tu hak korang. -__-"


aku tergelak plak baca kat blog Moon yang tulis pasal isap rokok siap buat asap bulat2 tu. hehe. boring kan? buat la asap bentuk petak ke, bintang ke, <3 ke.. asyik2 bulat. tapi biarla, nanti bole buat jadi rantai hadiahkan kat gf die. duit = rokok = asap = duit. gelang duit? romantik gitu :)

camni pun dasyat gak

anyways, next aku nak stresskan point yang bukan semua perokok adalah tak beradab. yang biadap tu lazimnya dia memang seorang insan yang kurang ajar, dan kebetulan die seorang perokok. so jangaan la kerna nila setitik, rosak susu selautan. kerna kerbau sekor kotor satu kandang pun kotor ke apa ntah peribahasa dia. lupa la. sebagai contoh, ada sekali tu. aku and geng lepak satu table dengan seorang yang tak hisap rokok. kat table tu dia sorang je tak hisap rokok. kawan aku sorang keluar kan rokok lantas minah ni berkata,"jangan hisap boleh tak, aku asthma". kitorang semua smoke kat tempat lain masa tu. dah abes smoke baru duduk balik. takde pulak sapa2 nak cakap,"ko asthma lantak ko la, gi tempat lain." sebab perokok ni sedar diri. so kalau tak suke cakap. jangan disimpan dalam hati, nanti bunga disambar orang :) (sumpah tak relevan)

kitorang sendiri pun masa mula masuk kat hostel dulu, tanya kat housemates yang non-smoking. kalau dia kata okay, okay la. walaupun dia okay, kalau aku nmpak die macam batuk2 ke, tak selesa ke, aku alihkan kedudukan merokok aku dari kat tengah2 rumah ke dalam bilik ke, tepi tingkap ke. 

sama jugak kalau kat kedai makan, kalau ada sape2 perasan aku bangun dan merayap untuk hisap rokok tu maksudnya 1. ada budak kecik/mak mengandung di sekitar 2. kedai dah padat sangat, aku hembus mana pun masuk dalam nasi orang. lol 3. aku lepak ngan orang tak tahan bau rokok. 

(dah macam post untuk selamatkan diri sendiri plak?)

then, adakah cool hisap rokok? tak pun. celah mana entah cool. 

Brad Pitt? Brad Pitt memang la cool! Brad Pitt hisap apa pun cool. hisap straw pun cool. hisap ekzos motor pun cool. kau tu? kau Brad Pitt ke? kalau jawapannya tak jangan nak rasa diri tu cool sangat la hisap rokok dok.

Katy Perry? Katy Perry tu awek aku! perlu ke aku membebel pasal dia hisap apa pun cantik? pffft!


Betul ke orang hisap rokok sebab stress? Teeeettt! Stress karaoke la dok. apa la hisap rokok. aku dah buat kajian (ke atas diri sendiri) rokok tak membantu stress langsung. jangan nak guna alasan stress sangat la -_- 

mendeee la ko nak stress
Ini jauh lebih sesuai ^.^

merokok senang cari kawan? err..betul. kot. senang cari kawan, tapi kawan yang merokok jugak la. hehe. berdasarkan pengalaman peribadi, untuk muda remaja, pergi ke tempat yang tak boleh merokok seperti PLKN, unversiti dan mana2 lagi. kite mesti cari orang yg isap rokok jugak dan pergi curi2 isap rokok bersama. dan hasilnya akan wujud satu ikatan antara perokok2 nie sume. perokok mudah rapat dengan perokok. tapi AWAS! perokok ni kan lazimnya err.. nakal2. so bila dah berkumpul geng nakal2, jadi la geng supernakal. so kalau dalam bab study geng supernakal tak berapa nak serius, maybe tak serius langsung pun. and berdasarkan pemerhatian, 90% lelaki yang lazim ponteng kelas adalah.... yes, smokers. so senang la nak 'ter'salah pilih kawan. tpi kalau pandai bawa diri maka tiada masalahlah. jarang la plak nak tgk perokok tak kawan dengan perokok lain. benda tu automatik. kot. entah. aku bukan kaunselor ke psyco pny orang ke. 




QUIT SMOKING? berhenti? apa yang susah sangat nak berhenti? gian eh? gile eh? comel eh? otak kau eh? yang buat susah nak berhenti ada dua faktor. wahh, macam doktor dah gitu :D first, ketagihan. second, habit. merokok ni memang menyebabkan ketagihan. ni tak dinafikan. ketagihan nikotin. asalnya memang kite tak rasa kita akan ketagih. kata la asalnya kita hisap sebatang. badan kite diisi dengan nikotin selama sehari. pastu makin lama badan kita pny sistem menentang nikoting nie. so makin lama makin cepat nikotin dihapuskan dari badan kite. so kata la pastu setahun, isap rokok sebatang, nikotin bertahan dalam badan 1 jam saja. pastu kite akan mula terasa kekurang nikotin atau bg perokok rasa "aku nak rokok". so benda ni akan berpusing dan berpusing selagi mana kite isap rokok dan makin lama makin banyak dan makin tak puas bila isap rokok. faham? 

cara paling senang untuk berhenti isap rokok adalah berhenti terus. ya, berhenti terus. bayangkan pili air terbukak sampai bilik air banjir. apa cara paling senang untuk surutkan banjir? tutup la paip, iaitu sumber air. begitu jugak dengan rokok. berhenti hisap rokok iaitu sumber nikotin. :)

HABIT. hehe, kita dah biasa hisap rokok. dah bertahun2 hisap. dah biasa ada rokok kat tangan. dah biasa hembus keluar asap. boring skit rokok. sembang2 sambil minum kopi jantan, bakar rokok. kalau dah berhenti, nak buat apa? nak isi kekosongan tu dengan apa? lolipop? kang elok berhenti rokok darah manis plak kang -__-"

ceyt aku cakap pandai aku sendiri nak berhenti tak berjaya lagi. lol. bapak aku da suh benti. mak aku da suh benti. nenek aku da suh benti. kakak aku da suh benti. awek aku da suh benti. kawan aku da suh benti. aku je tak suh diri sendiri benti, dan sebab itulah setiap hari aku akan pergi membeli John sekotak walupun tanpa kerelaan. 


as a conclusion (ayat skema penutup SPM), post ni pasal apa? entah, asalnya aku nak tulis pasal lain, pastu dah menyimpang ke lain. tak pena nak fokus. macam life aku jugak la. mula2 nak jadi ni, pastu jadi tu, last2 buat nie. pfft. kalau ada yang baca sampai sini, trimas kerna membaca. sudi2 la tinggalkan kutukan anda di bawah. 

disclaimer: segala benda adalah pandangan/peribadi hasil pemerhatian aku tanpa sokongan research ke article ke apa ke. kecuali bab berhenti tu ada disokong oleh pakar terkemuka. sekian. tolong jgn 'sembur' aku.

*sedikit bahan dicuri daripada blog Ummul Qais (honeydewlah.blogspot.com)
**gamba dicedok dari Google Images 
***perasan tak aku da pandai letak gmba? yay yay aku da tak noob :) 

05 May 2011

Adat Bersahabat. Fundamentals of Friendship (FOF303)

this shit isn't taught in schools or universities. 






Bersahabat ni mudah dan ringkas je, bukan seperti algebra yang pernah buat kita gabra pada suatu ketika dulu. contohnya [a = x²+ 2y +c]. apa bendaaaaa la equation ni merepek -__-
nak berkawan takde pun semua ni. Dan disebabkan tu jugak la bersahabat tu jadi rumit dan memeningkan. rujuk balik equation di atas kalau kite tukar skit jadi [c = -x² - 2y + a].
so dalam algebra asalkan kita ikut equation dan peraturan² yang sedia ada, sure jumpa penyelesaian dia. kalau dengan kawan² mana ade equation. mana ade peraturan. 
[ali + abu = kawan baik] 
pastu 
[ali + abu + rosli = ali +abu + rosli @ ali +rosli - abu @ ali - rosli + abu]
see? the possibilities are endless. 


Bersahabat juga tak menurut hukum fizik. contohnya, kaca kalau jatuh atas batu pecah. kalau jatuh atas tilam tak pecah. persahabat pula, tak penting dia jatuh atas apa. Sebab mengapa ia jatuh menentukan samada ia pecah atau tidak
Kadangkala dilepaskan pun tak jatuh, tapi terapung. Misteri. Ajaib. Musykil. -__-


anyways, yg aku nak cerita kat sini semuanya adalah adat berkawan. bukan peraturan yang perlu diikuti pun. General Rules je bak kata omputih. 


First sekali, berkawan ini adalah two-way relationship. takkan sehala plak, ko kawan ngan orang tu tapi orang tu tak kenal pun kau. wujud ke camtu? -__-
kat FB sahaja wujud kot. "ko friend ngan ________ (awek hot) ni ke?" "dah lama dah aku 'friend' ngan dia" padahal bertegur pun tak pernah, entah² minah tu tak tahu pun kewujudan beliau. selalunya kes gadis² 'hot' la, sume orang add dia approve semata² nak tambahkan bilangan 'friends' lantas meletakkan perkataan 'FULL' di belakang nama profile FB dia. 
motif berbuat sedemikian? entah. suruh akhbar Metro rungkaikan. Metro kan suka cerita pelik² cenggini. 
sekadar contoh


        anyways, moving on. kalau dah namanya two-way relationship mesti la kena ada giv n take. kalau dah sorang je kerja nak 'give'kerja kau nak 'take' je,  tu dah bukan kawan namanya, tu namanya BAPAK kau
give n take ni termasuk la duit, makanan, rokok, dan pape lagi la yang korang ada. eh, kecuali diri. jangan la bagi diri sendiri kat kawan² plak. dah paranormal dah tu -_-



seterusnya, tiada paksaan dalam berkawan. more like, there shouldn't be. sesetengah orang ni dia ada tendency untuk 'paksa' kawan² menurut kehendak dia. bukan paksa siap ugut dengan pistol ke penumbuk ke apa. tu dah psycho sangat dah tu.
kawan² kita semua ada senjata. senjata khas yang memang terbaik. iaitu merajuk. tacing. emo. 


"jom pergi terengganu naik motor. aku ngidam sata ."
"taknak la, aku kena jaga mak aku demam"
"blah la ko, camnie la member (merajuk)"
atau
"ko baru dapat gaji kan? jom belanja aku karaoke kat pavillion"
"aku nak kena bayar sewa rumah, duit motor, ptptpn, bg mak aku, loan bank dan macam² lagi la"
"dapat gaji bukan nak blenja membe! (emo)"


ni sekadar contoh sahaja. bukan semua orang macam ni. tapi wujud. dan ramai. andai kata kawan kau tak nak, maksudnya dia taknak la. enggan. dont' want. refuse. amendeeee la nak dipaksa, dia tu kawan kau, bukan anak kau. amendeeeeee la nak ditacing. lagi² yang jantan, dah mengalahkan perempuan la. personally, kalau ada orang tacing dengan aku lebih dari 10 saat, aku tak layan. awek aku tacing pun aku tak pujuk inikan pula ekau yang tak membawa sebarang erti pun dalam kehidupan seharian aku. keh keh keh. 
Contoh Tapir merajuk.
lazimnya, kita dan kawan² mesti la ada rutin harian/bulanan/ mingguan. maybe lepak minum setiap malam or karaoke setiap weekend or shopping setiap hujung bulan. rutin ni akan menjadi kebiasaan dan kite akan take for granted. so apabila munculan satu hari di mana kawan tak dapat join sebab lepak dengan orang lain ke...dengan gf ke...kita mudah merasa dikhianati.
contoh ayat, "ye la dah ada membe baru, mana ingat kat kitorang" takpun "dah ade awek lupa member". dan banyak lagi la. just becuase dia selalu lepak dengan kita tak bermaksud dia WAJIB lepak ngan kita setiap kali. kalau dia ada kawan lain, biar la dia lepak dengan kawan lain. tu bererti kawan dia yang lain lagi best dari kita. so cermin² la diri skit. maybe kawan lain tu ada kerete, kita setakat naik motor kapchai je. dah miskin tu diam je la :) kalau kawan keluar dengan gf, lagi la kita tak patot nak marah. ingat SENANG ke nak balance GF dengan kawan²? jadi perdana menteri lagi senang oi. 
Senang lagi jadi mamat ni


okay, next. bila berkawan, kita tak patut ada rasa tinggi diri. rasa diri lagi bagus dari kengkawan. maybe kita ada kereta kawan kita takde. maybe kita kaya kawan biasa je. or maybe jugak kita belajar tinggi², kawan sampai SPM je. tak bererti kawan tu tak guna. tak bererti kawan tu bodoh. so kalau kawan nasihat, apa salahnya dengar? kawan tu manusia juga, punya akal dan fikiran. dia juga nampak apa yang elok dan apa yang tidak. usahlah ego dan merasa diri sendiri je yg benar. kalau kita terbuat salah dengan kawan, apa salahnya mintak maaf? jangan la tak minta maaf tiba2 nak kawan balik macam biasa. semua orang ada hati dan perasaan. kalau kawan terima anda kembali pun, luka di hati tetap wujud. jangan sampai luka lama berdarah kembali nanti. keh keh keh tajuk lagu cintan la plak. 
Yes you!


next ni maybe isolated case. tak semua la merasa agaknya. ni khusus bagi yang jejanz eh, jantan. lelaki ni ramai yang gemar dengan persatuan² yang pada terasnya di tubuhkan untuk memperjuangkan Islam dan Melayu. ada segelintir daripada mereka ni dah masuk, kawan yang lama dtinggalkan. ye la, tak rock la lepak dengan kawan² yang 'kosong'. amendeeeee la korang nie. harimau berjalan mana keluar kuku, mana tunjuk taring. taknak lepak dengan kawan lama tak kisahla, ni kalau muncul sekali sekala tiba² dari elok² aku-kau jadi lu-gua. apa sial lu lu gua gua ni? apa kau rasa kau gengster guna luluguagua? ko ingat orang selesa ke dengan lagak gengster-budak-baru-naik kau? ko ingat orang bangga la ada membe otai? meluat lagi ada la. apa kau tak tau tu orang cina je yang guna? sedar la sikit diri kau tu MELAYU. malu la sial aku ngan orang macam ni, sibuk nak tiru kaum lain sebab rasa diri besar. pastu kau ada hati nak kata ko perjuangkan orang Melayu. pastu, kena bahan skit, gaduh skit, mula la. nak kutip la, pecah muke la, bakar rumah la, panggil kaum la. apa kau rasa kau dah besar sangat? rasa dah dewasa? abang² pun tak menggelabah kau plak lebih² tunjuk taiko. sedar la skit, benda kecik gaduh ngan kawan pun nak nyusahkan orang lain. lagi² kalau pasal pompuan, adik-beradik ko gelakkan ko je la. bukan bini lagi pun. pffft.
tak kena mengena tapi macam cool :)
okay moving on, friends vs boy/girlfriends. sape menang? depends. bergantung pada bf/gf tu jenis yang macam mana, bergantung pada orang tu sendiri jenis yg macam mana. in certain cases both win. kalau macam gf/bf jenis yang biar je kalau ko nak lepak ngan kawan² or buat pape ngan kawan². atau kalau ko jenis yang suke bawak bf/gf lepak ngn kawan². ada jugak friends lose. lagi kalau dapat jenis bf/gf kongkong macam ko ni anak dara dia. atau bf/gf jenis nak berkepit je, ko plak suke lepak tempat yang tak best kalau bawak dia. lagi la kalau gf/bf ko tak suke kawan², apa la malang nasib. boleh merosakkan persahabatan kalau bf/gf gado dengan kawan² kau. apa aku gado dengan gf ko, die tak suke aku automatic ko pun tak suke aku? korang ni kapel ke kembar siam? gf/bf juga tak layak nak kutuk kawan² kita. ye la, kawan kite bukan kawan dia, nak sibuk pehal? pffft! 
'ngaku cepat! abang main dota kan tadi?
'manade, abg baru balik surau ni!'
pernah tak ada 'kawan' yang kerja menyusahkan korang je? contohnya setiap pagi nak pergi kelas naik motor sama², 'kawan' siap bukan main lama lagi. mandi 20menet, pakai baju 10 menet dan pacakkan rambut 15 menet. bangunya plak 20 menet sebelum kelas. aku ni pun mandi kerbau je sebab da lambat, ko bukan main nak hensem² lagi ye? nak tinggal kesian plak kang kena gi kelas jalan kaki. pfft! takpun jenis mambang² yang suka buat harta orang macam harta sendiri, bila kita nak amek balik macam kita pula yang meminjam dari dia. wtf dohh -__-"
I feel you bro


dan disebabkan kita ni orang Melayu la orang² yang myusahkan seperti di atas ni wujud dan gembira. sebab budaya kita yang sopan santun dan ramah tamah (sangat) kita pun biar je mereka, pendam je dalam hati. walahal kita patut sound je bangang² seperti mereka ni. kecik² tanak mampos, besar² nyusahkan orang. kita ni orang Melayu baik sangat, selalu je berkata 'takpe la, member²'. biarlah diri mudarat, asalkan member bahagia ye tak?




cukup la setakat ni aku merepek pasal isu ni. makin panjang makin marah pulak rasanya :)


sekian. 
*semua gamba dicuri dari Google Images.

09 January 2011

Perhubungan Yang Sihat

Okay maybe semua ni merepek dan tak relevan, tapi perasan tak untuk kebanyakan muda remaja baya kita nie (muda remaja ke aku?), masalah yang paling selalu kita dengar mesti ada kaitan dengan percintaan. cinta tak kesampaian, cinta yg kecundang, cinta terlarang dan macam2 lagi. aku bukan la kaunselor ke, psychologist ke, tapi kadang2 ada je kawan2 dtg berkongsi masalah cenggini dengan aku. nak bagi nasihat ni memang mudah, semua orang boleh buat. nak ikut nasihat sendiri tu yang ... hehehe :)

okay, 1st skali. ditujukan kepada kalian yang cinta bertepuk sebelah tangan. apa gunanya terus mendambakan orang tersebut? like, seriously. this is real life la. bukan drama hollywood atau bollywood ye. takyah la nak poyo "i'll wait for you forever la" apa laa.. grow up. jangan la noob sangat. ko igt ko tunggu die lama2 nanti satu hari die akan jatuh hati kat ko la sebab sudi tunggu die lama2 ye? itu fantasi semata2 ye. tapi tak salah pun berharap. kalau tak kisah membuang masa la :)

cari je la orang lain. bunga bukan sekuntum. ikan bukan sekor. lagi2, kalau orang yang ko nak tu dah berpunya. isk, tak perlu la nak terhegeh2 kat balak/awek orang lain. have some dignity. no matter how special that boy/girl is to you, if he/she belongs to someone else, let her go. anything less is just selfish. move on, find someone else. oh yeah, and dont stalk. stalking just makes you look desperate. and looking desperate is never cool.

next, bagi mereka yang tak punye pasangan tapi nak sangat sangat sangat sangat ade pasangan. ye la jeles kan tgk kawan sume dah punya teman yang istimewa. perjtama sekali, sukacita saya bertanya: kenapa nak sangat kapel? best ke kapel? haha. boleh menerima bila dah kapel nanti bergadoh? berperang? jeles? dikongkong? ramai ye teman2 yang pernah komplen, rindu zaman2 single. bukan sebab tak sayang pada pasangan, tp ketika single lagi senang nak buat apa2. takde sape marah, takde sape jeles. tapi andai nak jugak, apa salahnya. tapi PLEASE la jangan post kat fb mcm nie ," mencari awek/balak" atau "sape nak kapel dengan aku?" this is not only stupid, it's also sad. which makes it stupidly sad. nampak mcm desperate gile ke tahap yg pathetic la. keep that in mind ye kawan2 :)

ok moving on ke topik yang lebih popular. bagi mereka yang sudah punya pasangan, bagaimana nak kekalkan hubungan korang? selalu je sana sini atas bawah kapel clash kapel clash. tu belum masuk bab kawen lagi. sebab aku tak layak nak membicarakan soal kawen lagi. yg tu boleh la rujuk ke dr fadilah kamsah atau fadilah kamtumi. kapel yang dah bersama bertahun2 lamanya pon tak mustahil akan berpisah. selalunya, orang clash disebabkan satu atau lebih dari sebab2 berikut:

1. Bosan
2. kewujudan orang ke-3
3. Perangai pasangan itu sendiri
4. ___________ (isi sendiri)

Dah berpisah, kita selaku orang Melayu Islam sering berkata, "dah takde jodoh nak wat cmne?" Benar, kalau takde jodoh, kapel sampai seratus tahun pon takkan ke mana. hanya sekadar menjadi kenangan kita di hari tua kelak. Tapi takkan kita nak berlepas tangan dan berserah pada jodoh je? Berbuat sedemikian boleh diumpamakan dengan tinggal kete dengan enjin hidup n pintu tak kunci pastu berserah je harap takde orang curik kete tu. dok kat ddunia zaman skang ni, konfem la kete tu kena curik. so berbalik pada persoalan asal, cmne nak jaga hubungan kita nie?

to answer that question , we must first answer another question. how do we keep that spark in our relationship alive and burning? camne nak kekalkan keharmonian dan keseronokan perhubungan itu? jawapannya? mana aku taw! I, myself have only been in two relationships. I do sincerely hope that the second shall be the last.

justeru itu (apa?) kite mulakan dengan basic dulu. apa bnda pling basic pada hubungan yang sihat? harta benda? rupa yang menarik? susuk tubuh yang menggoda? minyak pengasih? NO! the answer is HONESTY and TRUST. kejujuran dan kepercayaan. lepas tu keluhuran perlembagaan. tak ini tipu je. kalau takde kejujuran n rasa percaya, camne nak ada perasaan cinta n kasih?

KEPERCAYAAN tu binatang apa? apa plak ngarot pasal KEJUJURAN ni? kenapa kedua2 ini perlu? kejujuran itu mengikut definisi aku sendiri, adalah sesuatu yang sangat simple. DONT LIE. usah sembunyikan perkara yang boleh menimbulkan perasaan syak dan wasangka. kenapa kena jujur? kantoi la segala aktiviti jahat aku. sebab utama kita kena jujur adalah umtuk mendapatkan kepercayaan. lagipun bila kite berdusta, nak elak dari kantoi terpaksa menambah lagi kedustaan di atas dusta yang asal. kalau dah menipu bnyk sangat, terperangkap dalam jaring penipuan kang. dah la dapat dosa, bila kantoi kena marah lagi dengan pasangan. suka saya ingatkan di sini bahawa kemarahan itu mudah melunturkan perasaan cinta dan sayang dan senang memupuk perasaaan benci dan menyampah.

mengapa pula perlu kepercayaan? secara ringkas, tanpa kepercayaan, minda kita mudah memikirkan yang bukan2 dan karut-marut tentang pasangan kita apabila mereka tidak berada di depan mata. sebagai contoh, Balak kita tengah elok2 lepak kat mamak bersama teman2 lelakinya, kita kt umah plak dok fikir die lepak dengan perempuan lain. Tak ke kita marah and jeles tak tentu pasal. keadaan seperti ini bukan saja buat teman kita tension, malah kita juga akan sentiasa berada dalam keadaan semak otak dan susah hati. tapi jangan pula percaya secara mambabi buta. kalau baru kenal, usah la percaya sangat. kang kena jual tiba2 salahkan aku plak. lagi satu, kalau dah asyik kena tipu je n nyata sang teman tak layak dipercayai maka usahlah mempercayai die lagi :)

ok cukup2 la pasal trus n honesty. moving on to other components of a healthy relationship. In no particular order, space (ruang), patience (kesabaran), consideration (bertimbang rasa) and maturity (kematangan)

Space. bukan outer space. bukan juga myspace, tetapi ruang. berilah sedikit ruang kepada pasangan kita. takkan lah 24 jam sehari, 7 hari seminggu nak kena berkepit/ber-sms/bergayut? hormatilah pasangan kita sebagai individu yang juga punya kemahuan untuk melakukan sesuatu secara individu. bukan secara berkepit. takkanlah die reply msg lambat sebab tengah berbual dengan kawan2 kita nak marah? takkan die tak angkat call sebab tgah berak kita nak berang? just because he/she is your life doesn't mean he/she doesn't have a life. i suggest you go get a life too. kang tak beri ruang pasangan akan mudah berasa rimas dan menyampah :)

Patience. kesabaran. Sabar itu perisai orang beriman. sabar itu memang dituntut dalam agama Islam. dalam perhubungan ni sabar itu penting dalam aspek mengawal emosi. kawal emosi supaya jangan asyik nak meletop je. bagi yang panas baran asyik nak mngamuk je. bagi yang cengeng asyik nak merengek je. n bagi yang tak berfikiran jauh, asyik nak mintak clash je. kalau dah clash btol kang baru taw menyesal. kalau rasa marah/ sedih, sabar. amik nafas banyak2. jangan lupe lepas plak. pastu fikir balik, patut kite kite marah? besar sangatkah kesilapan yg dilakukan? kalau jawapannya tidak, slow talk je la. kalau ya, meletop la ikut kesukaan hati anda. kena darah tinggi aku tak jamin. :)

Consideration. bertimbang rasa. bertimbang erasa sesama sendiri. selalunya yang kurang bertimbang rasa adalah sang arjuna. sang puteri nak keluar dengan kawan2 ditegah dan dilarang sama sekali. takut ada jantan lain. nak bekerja pun tak boleh, risaukan keselamatan la kononnya. Bila sang puteri plak melarang sang arjuna dari buat apa2, macam2 hujah dikemukakan. "Aku lelaki takpe keluar, takde sape nak rogol" takpun ,"Aku nak lepak dengan kawan2 pun ko tak kasi. kawan je pon" mana aci macam tu brader. kalau anda boleh buat, kenapa tidak pasangan anda? relationship ni kan give and take. pernahkah kalian terfikir ketika kalian berseronok bersama kawan2, pasanngan anda sedang berduka di rumah kerana dilanda kebosanan akibat tak dibenarkan keluar?

Akhir sekali, kematangan. Grow up with your relationships. aku taw, kematangan itu bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. namun, kematangan yang maksudkan di sini bukanlah merujuk kepada kematangan yang datang dengan usia. tetapi kematangan yang datang dari pengalaman anda sepanjang anda bersama Si Dia yang teristimewa. Belajarlah dari kesilapan yang lalu. Fahami keperluan dan kemahuan pasangan anda. Takkan kapel bertahun lamanya tapi masih tak faham pasangan lagi? tak nak belajar langsung ke?sebagai contoh, kalau pasangan kite suke lepak, takyah la marah2 kalau die lepak dengan kawan2. asal jangan lebih2 dahla. lepak sampai kol 6-7 pagi aku pun marah,. kikiki :) sekali lagi diulang, kematangan yang dimaksudkan di sini tak berkaitan lgsung dengan umur. Mem kecik aku pun baru je nak masuk 18, tapi dalam hubungan kami beliau cukup matang. sentiasda memberi ruang (untuk main dota), memahami dan menghormati hubungan persahabatan aku dengan kawan2 termasuk dari kaum wanita. membuatkan hati bertambah sayang.

Bergaduh. Bertekak. Bertengkar. Satndard la sume tu. asam garam penambah perisa bsak kata orang tua. Kapel tanpa masalah umpama nasi putih tanpa lauk. Hambar Bosan.Tapi gaduh jangan la sampai naik kaki tangan ye abg2. Amat dayus lelaki yang memukul wanita itu. Tak malu ke? kalau laki pukul pmpuan laki malu, kalau pmpuan pkul laki pon laki malu. Oh, di mana keadilan? -_-
Setakat jeles sikit2 tu perkara biasa la malah, amat perlu perasaan jeles tu. jeles itu kan tanda sayang. "a love fed by jealousy is a love that dies hard" tapi nak jeles pon jangan la lebih2. cemburu buta itu sangat la tak patut. jangan pakai serang je! Girlfriend berkawan dengan lelaki di kelas? Gadis cantik add boyfriend di FB? Tak perlu jeles kot. Perkara biasa tu. habis takkan kite lebih rela pasangan kite itu menjadi anti-social? tak boleh berkawan langsung dengan orang berlainan jantina? orang ingat gay/les plak kang.

Kita perlu ingat bahawa di sekeliling pasangan kita wujudnya keluarganya, kawan2nya dan kita, selaku pasangannya dan ia mempunyai tanggungjawab terhadap mereka semua. siapalah kita ini untuk menyuruh mereka membelakangkan kawan2, apatah lagi keluarga? Asalkan masing2 tahu menjaga batas persahabatan sepatutnya tidak muncuk masalah. Jeles gak? sila rujuk pakar kerana mungkin anda mengahdapi sakit di mana2 bahagian jiwa :)

Sepanjang kita memiliki cinta pasangan kita, jagalah ia dan sentiasa berusaha menyemarakkan perasaan itu agar ia ceria dan tidak hambar. Cinta yang dijaga rapi sepanjang hayat itulah cinta yang agung. Apa, ingat Puteri Gunung Ledang dengan Sultan Melaka je kisah cinta agung? Setiap dari kita mempunyai kisah cinta agung yang tersendiri, yang diolah dan dilakonkan oleh diri kita sendiri.

Akhir sekali, suka aku ingatkan bahawa semua di atas adalah pandangan peribadi. Mahukan yang tepat boleh la jumpa yang pakar. kalau tak menjadi ke, apa2 tak kena ke, klash gak ke, aku takkan bertanggungjawab. hihihi. ini adalah DISCLAIMER! Insyaallah, kalau ade jodoh dan dengan sedikit usaha, dapatlah anda dan pasangan bersama sehingga ke jinjang pelamin. sekian.


note: setengah perkataan 'cinta' di dalam nota di atas mungkin lebih sesuai digantikan dengan 'sayang' atau 'suka'