11 August 2011

35 Cara Buat Awek Happy Sokmo -__-

               ok a few weeks back aku terjumpa artikel ni dalam majalah apa entah. remaja ke jejaka ke or something like that lah. tajuk dia 35 CARA BUAT TEMAN WANITA KAMU GEMBIRA!
terdetik la dalam hati aku, wow tajuk mengancam,!, dan disebabkan aku ni pon agak fail bab2 romantis puitis jiwangis ni, aku pun usha la. sweet kan aku? tak? pape la.

               anyways, aku selak2 baca2 blom sempat sampai tips #1 aku da tergelak. why? tgk kat bawah ni. 



AMAT MUDAH UNTUK MENGGEMBIRAKAN HATI KEKASIH KESAYANGAN KAMU. SEBAGAI SEORANG LELAKI, KAMU HANYA PERLU MENJADI SEORANG : kawanbaikpenemansepanjanghayatpencintayangsetiaabangyangmelindungibersikapsepertibapanya dan macam-macam lagi.
seriously? bagi aku bukan apa tapi pilihan/susunan ayat dia je yang buat kelakar. 'amat mudah'? hanya perlu menjadi 'seorang'? ni dah bukan seorang, ni dah berorang-orang.
dan kalau kite perhatikan, tak cukup 35,ada pulak kolum-kolum di tepi ni, hah amek kau. 'tanpa perlu melupakan', maksudnya tak boleh lupe lah. pada masa yang sama, kamu perlu, maksudnya, pada masa yang sama korang perlu.
'namun paling penting jangan sesekali lupa' so maksudnya yang lain-lain ni semua tak berapa penting la yeah?



               maka marilah kite tgk sikit apa sebenarnya tips2 genius yang disediakan ni. guys boleh la amek rujukan, senang nak 'menggembirakan hati kekasih kesayangan kamu'. kekasih yang kurang disayangi abaikan je yang penting kekasih kesayangan happy :)

1. kawan baik. this is so common sense. kite kena faham die, always be someone she can talk to, always there for her and bla bla bla. bagi yang tak faham nie jangan tanya aku sebab aku pon tak faham,
   sebab definisi best friend bg laki dan pompuan adalah berbeze. rasanya la -__- bagi aku, aweks and kawan. berbeza. asing.

2. peneman sepanjang hayat. LULz. peneman SEPANJANG HaYat!!? macam mana aku nak jadi peneman sepanjang hayat? bukan maksudnya aku tak nak. i mean, cmne aku nak deliberately jadi peneman sepanjang hayat kepada gf aku?
   i mean, mcm mana nak taw pada masa akan datang tiada pertelingkahan? pergaduhan? takde lagi persefahaman? kematian? kita tak boleh ramal semua tu. yang paling boleh aku buat pun cakap je la kat awek akan teman die sepanjang hayat. kalau sweet skit janji. kalau jiwang habes sumpah
   tapi kalau dah sumpah ada persoalan baru yg menarik plak. teman sepanjang hayat, hayat sapa? hayat ko ke awek ko? kalau kau jalan dulu mcm mana plak citenye? jadi hantu teman die sampai die plak jalan? oooh creeepy. keliwon sial. kalau awek ko plak yg jalan dulu? ko nak teman die dalam kubo?  LULz. ok dah merepek dah nie

3. pencinta yang setia. ni benda paling basic!! so seriously la. perlu ke letak. masa aku selak muke depan aku ingat die nak bagi tip2 "bernas". benda yang aku tak taw la.
   setakat bnda yang sume orang taw dr, fadzilah kamsah pon boleh.

4. abang yang melindungi. hehe kelakar aku dengar ayat ni. balak memang la akan melindungi kekasih hatinya so tak perlu la nak naik pangkat jadi 'abang' plak kot. kang ada plak spesis gadis2 yang ada abag 'overprotective' ke apa ke, ko pon nak tumpang sekaki jadi 'abang yang melindungi kang' naya je. 


5. bersikap seperti bapanya. SUMPAH TIPU. i assume bile die cakap 'bersikap seperti bapanya' yang die nak sampaikan sebenarnya adalah' bersikap seperti seorang bapa kepadanya'
   sebab kalau die nak literally bersikap seperti bapanya maksudnyaaa....kena sikap seperti bapanya la. bapanya suka bg duit shopping ko pon kena ikut. bapanya merokok ko pon kena ikut. bapanya panas baran ko pon kena ikut.
   haha, kalau bersikap seperti seorang bapa kepadanya logik sikit! maksudnya ko kena prangai cam bapak2 sikit la. tapi kenapa aku cakap tipu? okay so sikap kebapaan ni atau paternal la kata omputeh nya lebeh menjurus kepada protectiveness.
   orang laki ni memang semulajadi pelindung kepada keluarga dia. tu la bapak2 nie, anak nak kua lewat skit TAK BOLEH! nak seksi meksi sikit TAK BOLEH! nak pergi trip jauh skit TAK BOLEH! kenapa? kenapa? sebab bapak risau pape kecelakaan menimpa kau la celaka! ngehehehe
   so kadang2 rasa terkongkong ye tak? so kalau balak kau pon perangai mcm bapak kau mesti kau menyirap. kekeke. sekian pasal isu bapak. oops disclaimer: bukan semua bapa bersikap cengginie. ada yang tak protective sangat. tapi percayalah dalam hati beliau sentiasa risau resah gelisah dan mcm2 lagi lah

6. ketua yang bertoleransi. apa ni? what the fish? ketua dari segi apa? aku assume kalau dalam perkapelan, ketua tu maksudnya ko kena jadi tukang buat keputusan la. so maksudnya si jantan selaku ketua kena kelua memburu, serang kampung musuh, cari gua yang sesuai eh, ni kalau zaman batu dulu la.
   kalau zaman internet nie, jejanz kena buat keputusan nak keluar dating pergi mana, shopping kat mana, hari ni nak sedondon baju warna apa dan sebagainya. tapi COP! kena jadi ketua yang bertoleransi. so ertinya, ko kena denga jugak pandangan kekasih pujangga hati ekau.
   so misal kata (misal kata? kekeke klasik gila ayat) kau selaku lelaki dan ketua ajak pergi errrr...klcc (aku tak taw org skg dating ke mana) tapi si bunga tak maw. dia nak ke errr.... mid valley (zaman aku dating dulu 2 tmpt tu je la). si lelaki selaku ketua dah buat keputusan, tapi menurut guide nie, die kena jadi ketua yg bertoleransi
   so die kena dengar cakap si bunga dan ke Mid(Valley). kalau menurut pemerhatian aku (kalau sala boleh btolkan), perempuan ni selalunya dia dah tahu dai mahu ke mana. dan dia memang mahu ke sana. so bullshit la kalau keluar dengan awek berlaku perbualan begini

   guy: hye sayang cantiknya awak harini bau pun wangi mesti baru lepas mandi so kite nak pergi mana?
   girl: i taw i memang cantik thnx puji nak pergi mana? ikot you la
   guy: okay, jom kite pergi klcc tgk cerita Transexual 3 : dark of the alley
   girl: tapi dekat Shopping Mall Terkini ada sale Rahsia Victoria 97%
   guy: so you nak pergi Shopping Mall Terkini la?
   girl: tak kisah ikut you la
   guy: kita tengok wayang la, i teringin tgk cerita tu
   girl: alaaaa, tapi jom la pergi Shopping Mall Terkini, ada sale!
   guy: ye la jom la

   tak tahu? tak kisah? ikut you? ini semua ayat bullshit je. haha. okay disclaimer: bukan semua perempuan macam ni, ni hanya dari cerita kawan2 lelaki dan (kadang2) pengalaman sendiri. ada seorang teman baik aku cakap, women don't know what they want. okay opinion aku adalah, in terms of emotion maybe (certain) women don't know what they want. the physical stuff?

7. Chef yang pandai memasak. hahaha LOL, that's your job! 





8. Juruteknik yang handal. 


9. Tukang baiki kasut-kasutnya. wtf!? this pic down here tells you exactly how i feel bout that
10.pembetul paip di rumahnya. kekekeke da makin merepek la plak. ok la so dari kalangan lelaki2 biasa kat Msia ni, berapa orang la sangat yang reti repair paip. dan dari segelintir yang tahu tu, berapa la sangat yang sanggup repair paip untuk awek yang tercinta sekalipun. cinta, cinta gak, kalau paip tu dah berbulan tersumbat, bau pun dah dasyat...cinta pon boleh tergugat -_-



11. mekanik kereta di saat keretanya rosak. hee hee. okay, ni senang sikit dari paip busuk. tapi ini pun, lazimnya setakat tukar tayar pancit, jump start kereta, tukar bateri, atau push-start, rasanya majoriti pemandu lelaki taw. tapi kalau benda lain yang rosak kat kete aweks, jejanz semua akan bukak bonet and tengok kat enjin smbil buat muke tekun/fokus/kool. konon2 faham la apa tengah berlaku kat enjin tu. tengok minyak hitam la, check air la, ketuk2 bateri la. konon, cakap je kat awek ko tak taw apa rosak kan senang. hehe



12.penghias rumahnya. you gotta be kidding. rumah akuy sendiri pun tak berhias ni kan pulak nak hias rumah ko? how many guys actually even decorate their own houses? lol, kalau pompuan suke decoration stokin, baju n seluar bersepah2 happy la kot kalau harapkan lelaki yang decorate rumah -_-

13.penggaya fesyennya. hehehe. no komen. pandai2 la korang

14.tukang urut kakinya yang lenguh. daaaaamn youuu....! apakah semua ini!! okay i admit its really sweet for a guy to urut his chicks feet when theyre sore, but i'm under the impression that whenever the girls feet are sore, then so are the guys'.

sedaaaaaaappp

15.pakar psikologi. so kena jadi PAKAR psiko plak?

16.pakar psikiatri tatkala dia murung. dah la kena pakar psiko, psikiatri pun sama gak? ini sudah lebih.

17.pelega perasaaannya. lega mcm mana tuh? -__-

18.pendengar yang baik. i do believe that most guys are good listeners. seriously. lelaki kadang2 walaupun die nampak macam tak berapa nak fokus tapi dia dengar gak apa yang aweks sedang cerita@bebel. but guys cant be good listeners ALL the time. don't expect guys to be good listeners when they're hanging out with BROs or when theyre gaming. simple. i dont get why some girls dont get this.

19.perancang acara yang hebat. bodo la artikel ni, gelak besar aku tengah malam buta ni. perancang acara? event organizer? acara apa sebenanrnya? aaaargg apa nie!! konfius gilee -___-"

20.bapa mithali. errrr...belum kahwin macam mana nak tahu orang itu bapa mithali ke tak?

21.pembersih. ok fine. yang ni logik.

22.simpati terhadap orang lain. apa kena mengena simpati terhadap orang lain dengan buat teman wanita gembira? kalau aku kesian kat orang buta mintak seekah tu aku bagi singgit, awek aku akan gembira sehingga melonjak keriangan? -__- rasanya tak kot

23.atlet yang gagah. ini adalah suatu diskriminasi! dah la kena atlet. atlet yang gagah pulak tu -__-

24.pelindung di kala dia dikacau. common sense. tapi tengok gak. kalau orang yang kacau jantan mana yang tak melindung. tapi kalau momok yang kacau err.... kadang2 jantan yang cabut dulu

25.konsultan di saat si dia memerlukan nasihat. konsultan pulaaaaak. ni macam sama je dengan psiko n psikik kat atas sana. dan persoalannya si gadis nak sangat ke ikut nasihat si jantanz @.@

26.bijaksana. lalalalalalaalalal no komen

27.pelawak yang kelakar. semua lelaki boleh la menonton maharaja lawak untuk menjadi pelawak yang kelakar supaya teman wanita anda gembira sentiasa -_-

28.bercita-cita tinggi. kalau cita2 kau setakat nak jaga tandas kat the mall tu, tak gembira la awek ko nmpaknya. kalau awek kau takde cita2 takpe, yg penting cita2 ko kena tinggi

29.kreatif. kreatif macam mana tu? -__- tak kisah la macam mana pun, ada banyak cara kreatif untuk gembirakan awek masing2

30.sangat memahami. perasan tak? SANGAT memahami. memahami je tak boleh taw, kena SANGAT memahami. hahaha. kalau awek kau pyed, kau kena SANGAT faham kenapa die bad mood. kalau dia tengah sedih sebab Shahir AF tak menang AJL kau kena SANGAT faham yang ko tak hensem macam Shahir. Kalau die saja2 rasa nak maki kau, kau kena SANGAT faham yang dia saja je nak maki kau -_-

31.kuat dah gagah. ............................... (maksudnya lu orang pikir la sendiri)



32.benar. benar apa? benar-benar kuat dan gagah? kekekeke

33.boleh diharap. no komen. tapi tengok jugak la apa yang diharapkan tu -__-

34.bersemangat. ni memang la. sape nak balak yang tak bermaya muram suram kusam tanpa tenaga je oi -__-

35.multitaksing. ni maksudnya boleh buat bnyk benda pada satu masa. contohnya, boleh urut kaki dia sambil melegakan perasaan dia sambil mendengar rintihan die sambil membetulkan paip kat rumah dia.  ataupun, masak dinner untuk dia smbil repair kasut2 dia smbil tukar tayar pancit kereta dia smbil buat lawak kat dia sambil melindung dia dari lipas -__-


               hah kau tengok berapa banyak benda dia nak tu. i mean, we are guys not gods. tinggi gila expectation untuk menggembirakan teman wanita. kalau betul la semua ni, no wonder la ramai laki mengalami depression, atau jadi gay. LULz.
        obviously, semua ni hanya lah ciri2 yang ada pada lelaki yang HANYA wujud dalam fantasi liar si penulis artikel ini. phew selamat! :D


eh tak habis lagi!! ada lagi guys, korang kena buat semua benda di atas TANPA PERLU MELUPAKAN

1. pujian buat si dia setiap hari. setiap hari kena puji dia. kalau dah habis puji atau dah takde pape untuk dipuji, tipu je la. asalkan pujian. 'eh mata you bulat sikit' eh you cerah sikit' eh you banyak cakap sikit' ke apa ke, ikut kreativiti masing2. rujuk no 29 di atas

2. ucapan good night dan sweet dream setiap malam. setiap malam kena ucap taw! kalau tak ucap esoknya konfem perang. entah kenapa entah pompuan amek berat btol kat goodnight nie. kata la satu malam ko kena langgar kete cedera parah, sebelum pengsan ko WAJIB text die cakap goodnight kalau tak, nescaya dia akan emosi dan tacing gile babb dan takkan melawat ko kat spital

3. jujur lagi bercakap benar. fail la BM penulis nie. takkan la jujur tapi bercakap dusta. atau bercakap benar tapi menipu. die ni nmpak sangat da takde idea nak tulis apa so apa pun die taram. sape nak balak yang menipu dan berkata dusta bongok?

4. yang ni best HARTA DAN DUIT YANG BERTIMBUN-TIMBUN best kan? best tak? hah da capital bold italic underline sume aku bubuh untuk stresskan betapa bestnya point tu. so guys, janganlah me'lupa'kan harta dan duit yang bertimbun-timbun ye. ye la 'semua orang' ada harta dan duit yang bertimbun-timbun kan? -__-
Abang KAYA!


5. jangan menjeling ke arah perempuan lain apabila bersamanya. aku rasa perlu ada pembetulan kat sini. patutnya berbunyi begini, 'jangan kantoi usha perempuan lain apabila bersamanya' bullshit la jantan nak cakap die tak usha pompuan lain langsung. it's a guy's second nature. soalnya kantoi tak kantoi je. yang tak kantoi tu awek die pun fikir 'omg my bf so sweet, he vever looks at other gals.' WRONG! die cume tak kantoi je doesnt mean he never...peeps at that juicy ass :)

6. memimpin tangannya ketika melintas jalan. awww, korang kan dah besar? nak pimpin2 apa lagi. sigh..


dan ada lagi, PADA MASA YANG SAMA, KAMU PERLU


1. berikan dia sepenuh perhatian tanpa mengharapkan balasan. hehehehe. girls macam mana nak taw balak korang tu mengharapkan balasan ke tak -__- and guys, this basically means, you need to give the girls everything, they dont have to give you anything. fair isn't it :)

2. berikan si dia masa untuk dirinya sendiri tanpa mengongkong dirinya. fuck no! kalau bagi gf masa, macam mana nak laksanakan 35 + 6 + 1 perkara kat atas ni!!?

3. berikan dia ruang tanpa perlu risau ke mana dia pergi. mana boleh!!! kalau dia pergi mana2 tanpa bf, mcm mana nak lindung dia kala dia dikacau? cmne nak pimpin tangan die lintas jalan? kang heels tercabut sape nak gam balik? -__-"

setelah melakukan semua di atas bagus la NAMUN PALING PENTING ADALAH (note: aku tak rasa ni paling penting, aku rasa ini SAHAJA la yang penting. sila abaikan 35 + 6 + 3 perkara di atas.)


JANGAN LUPA

1. tarikh harijadinya. gadis2 sangat menitik beratkan bukan sahaja hari jadi, tapi segala hari yang signifikan dalam hidup mereka. semua kena ingat. semua kena wish. baik bday, ulang tahun, ulang bulan, ulang hari, hari die dapat kereta, hari anak kucing dia lahir la apa la semua kena ingat semua kena celbrate. faham guys? kalau lupa, alamatnya perang la. pujuk la ko sampai lebam. guys jarang plak jmpa yang tacing kalau orang blupe bday dia, kadang2 dia sendiri lupe bday die. kalau ada yang emo tu, bukan guys tapi sissy.

2. tarikh ulang tahun. seperti di atas.

3. rancangan yang telah dia *something* untuk meraikan hubungan *something*. rasanya ni nak kata apa yag dia dah buat untuk celebrate la. kot. pada pendapat peribadi aku, takkan nak kena ingat dan appreciate apa yg gf dah buat untuk celebrate sahaja? kite kena appreciate everything. kadang2 benda tu halus kite tak perasan, ni bukan untuk guys je, girls pun kena amek perhatian. contoh2nya korg pikir la sendiri, malasz da nie -__-


so apa kesimpulan yang kita dapat dari semua nie? kesimpulan aku sendiri la

1. penulis rencana majalah ni, majalah apa ntah lupa dah, sangat bongok dan noob serta ntah pape. seriously, hantar la dia pergi kursus ke apa kee.

2. ada perkara dari di atas yang boleh dipraktikkan, tetapi kebanyakannya adalah bullshit! seperti yang aku sebut, semua tu adalah fantasi si penulis je. nak laki gagah hensem kaya berharta memahami pendengar yang baik tak intai pompuan lain BANYAK cantik kau. kau pergi cari Edward Cullen je la. Lulz

3. mungkin jugak aku salah, sape ada kenal jejanz yang memenuhi kesemua ciri2 di atas, perkenalkanla pada saya :)

sekian untuk hari ini